Friday 29 January 2016

Akibat Isteri Yg Dinikahi Dah Tak Ada Dara, Suami Buat Tindakan GILA !..



Sepasang suami isteri yang baru berkahwin ditahan berhubung pembunuhan seorang lelaki yang didakwa mereka sebagai perogol isterinya.

Kedua suspek juga didakwa turut memotong kemaluan, memasak serta memakannya.

Rudi Efendi, 30, mengaku melakukan pembunuhan tersebut selepas mendapati isteri yang baru dinikahinya tidak mempunyai dara.

Isterinya kemudian mendakwa dia dirogol oleh mangsa.

Polis berkata, selepas membunuh mangsa, Rudi dan isterinya yang berusia 20 tahun membawa pulang alat sulit mangsa, memasak dan kemudian turut memakannya bersama-sama.

Sementara itu, Rudi memberitahui wartawan, dia melakukan pembunuhan tersebut untuk menyebuh rasa "sakit hati" nya.

"Saya begitu marah', katanya.

Mayat mangsa ditemui di dalam sebuah van terbakar awal Oktober.

Menurut jurucakap polis, Rudi menyuruh isterinya untuk mengadakan pertemuan bersama mangsa. sebelum bertidak menikam mangsa, memotong alat kemaluan dan kemudian membakarnya di dalam van.

"Kes masih berada dalam siasatan namun mengesyaki kes ini adalah satu pembunuhan terancang, " kata jurucakap polis tempatan kepada AFP.

”UMMI TOLONG !, saya TERBERANAK...” – Tidak Ada Siapa Yang Tahu Gadis Itu Mengandung…



Pada 10 Zulhijah 1435 H, saya menerima panggilan telefon jam 4.30 pagi dari seorang gadis…

“Ummi, saya terberanak.”
“Kat mana?”
“Dalam bilik air”
“Bilik air dimana?”
“Rumah saya…”
## Dalam telef0n memang terdengar nyaring suara bayi menangis.
“Siapa ada bersama kamu?”
“Saya sorang sorang.”
“Kat rumah takde 0rang ke?”
“Bilik air saya kat atas, kat bawah ada mak ayah, tapi mereka tak tahu.”
“Rumah kamu dimana?”
Gadis itu memberikan alamat rumahnya. Saya berada beratus ratus kilometre untuk datang segera membantu. Saya berada di Johor Bahru. Kejadian di Kuala Terengganu….

Tak ada cara lain yang spontan untuk dilakukan melainkan saya call 999. Usaha untuk menyelamatkan 2 jiwa. Apabila talian 999 berjawap,…

“Ya Pn Liza, ada apa boleh kami bantu.”

Uiks…mereka dah simpan nombor saya, apabila saya membuat panggilan menggunakan nombor telefon tangan saya, sudah pasti nama saya terpapar sebagai pemanggil….

“Ada kes seorang gadis telah melahirkan anak di bilik air rumahnya. Saya tidak dapat membantu, saya berada di Johor Bahru, sedangkan gadis itu di Kuala Terengganu.”
“Jauhnya puan. Macamana puan boleh tahu pulak?”

“Gadis itu telefon saya memaklumkan.”
“Baik, kalau begitu, saya sambungkan puan dengan Hospital Kuala Terengganu dan bercakap dengan mereka.”

Setelah saya menerangkan lokasi dan memberikan maklumat nama, alamat dan nombor telefon, terus paramedik bersama ambulance ke lokasi kejadian. Alhamdulillah, ibu dan bayi dapat diselamatkan dan dibawa ke hospital….

Yang tidak dapat diselamatkan cuma maruah dan aib…..

Memang tidak ada siapa yang tahu gadis itu mengandung, termasuk ibu bapa dan ahli keluarga lainnya. 2 minggu sebelum ini gadis ini berhubung dengan saya, menceritakan tentang kandungannya dan berhasrat untuk datang berlindung di BaitusSolehah. Namun gadis ini menangguhkan sehingga lepas hari raya aidil adha.

Gadis ini cuma menganggarkan saja usia kandungannya. Ketika itu anggaran usia kandungannya 6 bulan, lebih kurang 26 minggu. Dia menjangkakan selepas hari raya aidil adha baru datang ke Baitus Solehah, ketika usia kandungan memasuki 28 minggu…..

Namun jangkaannya silap. Rupanya usia kandungan sudah memasuki 36 minggu. Cuma bentuk fizikal tidak kelihatan, tidak sesiapa pun ahli keluarga yang menyedari kehamilannya…..

Tidak siapa dapat menghalang kehendak Allah. Gadis ini berhasrat merahsiakan tetapi ia terbuka jugĂ . Taubat yang belum dilakukan, niat yang tidak benar benar bertaubat kerana Allah, maka Allah buka aib dirinya dan maruah keluarga.

Ambulance tiba di rumahnya pada pukul 5.00 pagi dengan bunyi siren yang bingit. Kebetulan rumah gadis itu berhampiran surau. Ketika gadis dan bayi diusung masuk ambulance, jemaah surau datang berkerumun disisi ambulance untuk mengetahui kes kecemasan apakah yang berlaku. Siapa sakit? Sakit apa???

Kebetulan orang orang kampung kenal itu rumah siapa, jadi berduyun duyun datang menziarahi untuk tahu siapa yang sakit….

Alangkah malunya emak ayah sigadis. Tidak terucap sepatah kata pun ketika ditanya. Ketika paramedik datang mengetuk pintu, mereka sudah terperanjat, ada kes apa ambulance datang subuh subuh ni ke rumah mereka. Siapa yang sakit????


Apabila paramedik menerangkan ada panggilan kecemasan, seorang gadis telah melahirkan anak di bilik air di tingkat atas rumah, ibu bapa gadis itu sangat terperanjat….

Mereka pun tidak dapat menjangka siapa, maka segera mereka naik ke tingkat atas menunjukkan bilik air. Dan apabila melihat saja wajah anak bongsu mereka terbaring di bilik air bersama bayi baru lahir di sisinya, terus si emak beristigfar, jatuh pengsan kerana terkejut.

Setelah tali pusat di potong, ibu dan bayi diusung bawa ke dalam ambulance. Emak yang pengsan dipulihkan dahulu sebelum ambulance meninggalkan mereka menuju ke hospital.

Ahli keluarga ambillah iktibar, prihatin dengan sikap dan bentuk fizikal tubuh ahli keluarga. Sikap seseorang gadis yang mengandung selalunya berubah dan berbeza dari kebiasaan. Maka ambik tahu dan ambil berat supaya kes begini tidak berlaku…..

credit to sumber asal: http://www.penmarah.com/2015/12/ummi-tolong-saya-terberanak-tidak-ada.html

Thursday 28 January 2016

AWEK SEDANG MENCARI SUAMI KADAR SEGERA , TAK TAHAN






GEMPAR!!Remaja Nikah Umur 12 Tahun Di Cerai Talak 3



Kulim - Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.


Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.


Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang. Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas. Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan. Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah, menurut sumber Awani...
sumber: HM
Wa Allahu'alam..


Tuesday 26 January 2016

Bila duit BR1M 2016 dapat dan masuk akaun



Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 5.0 2016 akan mula dibayar secara ansuran/berperingkat mulai 28 Januari 2016. Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai tarikh, amaun dan cara pembayaran BRIM 2016.


Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Pembayaran BR1M 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan September 2016.
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai 28 Januari 2016.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.
Tarikh pembayaran bermulaPendapatan bulanan isi rumah RM1,000 dan ke bawah
(e-Kasih )
Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawahPendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000Individu Bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
28 Januari 2016RM250RM250RM200RM400
28 April 2016RM250RM250RM200---
28 Jun 2016RM300RM250RM200---
28 September 2016RM250RM250RM200---
JumlahRM1050RM1000RM800RM400


Cara Pembayaran BR1M 2016

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.
Untuk menyemak samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal), sila layari Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M.
BR1M
Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2016 dengan menghubungi:
  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my

Sunday 24 January 2016

Rombak Bajet 2016 Semula Selepas Pembentangan Bajet 2016 Malaysia 3 Bulan Lalu?




Jikalau anda sempat perhatikan laporan berita bertarikh 13 November 2015, Timbalan Menteri Kewangan Chua Tee Yong ada mengatakan yang mana kerajaan tidak akan semak semula Bajet 2016.
Manakala 2 minggu selepas itu pada tarikh 30 Disember 2015, Datuk Johari Abdul Ghani sempat mengatakan yang tiada semakan semula Bajet 2016 walaupun harga minyak turun. Baca Selanjutnya

Saturday 23 January 2016

Staff AirAsia Kantoi Jual Seat Penumpang Lewat?

Rupanya Seat Penumpang yang Lewat Dijual Oleh Pekerja AirAsia | Benarkah tempat duduk penumpang yang lewat dijual oleh pekerja AirAsia?

Jika benar, ini adalah pendedahan yang mengejutkan kerana staff AirAsia langsung tidak berkompromi sekiranya ada penumpang yang terlewat walau 10 minit. Rupanya ada udang disebalik batu.

Kita baca perkongsian daripada seorang pengguna Facebook bernama Sheila Mel yang rasa teraniaya sebagai pelanggan AirAsia.

Staff AirAsia Kantoi Jual Seat Penumpang Lewat


baca berita penuh disini

Isu cerai dengan Fasha Sandha, Ibu Jejai Sendiri Jawab Isu Tersebut

Ibu Jejai Dedah Kisah Sebenar Isu Anaknya dan Fasha Sandha sudah Bercerai | Kisah keretakan Rumahtangga Fasha Sandha dan Jejai kini hangat diperkatakan. Terdapat dakwaan Fasha dan Jejai sudah pun bercerai.

Namun, sejauh manakah kebenaran itu?

Isu cerai dengan Fasha Sandha, Ibu Jejai Sendiri Jawab Isu Tersebut

Orang yang mula-mula membuka mulut mengenai kisah keretakan rumahtangga Fasha Sandha dan Jejai adalah Rina Katerina di mana dia mendedahkan bahawa kisah tersebut telah diketahui golongan VVIP.

Ibu Jejai Dedah Kisah Sebenar Isu Anaknya dan Fasha Sandha sudah Bercerai

Kemudian, ibu Jejai, Raja Noora tampil menafikan hal tersebut dan mengancam mengambil tindakan undang-undang kepada wanita yang menyebarkan kisah itu.

Ibu Jejai Dedah Kisah Sebenar Isu Anaknya dan Fasha Sandha sudah Bercerai

Jadi terjawablah sudah kisah keretakan rumahtangga Fasha dan Jejai. Semoga tidak ada lagi spekulasi yang timbul berhubung isu ini.

PANAS!! Ada orang cemburu dengan Qu Puteh Baru la Putih saya - Datuk Vida ,



IPOH - Pengurus Vida Beauty Sdn Bhd mengesyaki wujudnya elemen sabotaj selepas beberapa produk popular Qu Puteh diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

"Kami masih menyiasat. Kami bimbang wujudnya elemen sabotaj kerana Datuk Seri Hasmiza Othman (Datuk Vida) menaja Anugerah Juala Lagu (AJL) dan beliau semakin terkenal," kata Afizah Hashim, lapor The Star.

Katanya, dengan status 'Taikun Kosmetik' itu mungkin menyebabkan ada pihak yang cemburu dengannya.

Jumaat semalam, Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk Qu Puteh Whitening Pro 9 mengandungi mekuri yang mana bahan itu tidak dibenarkan dalam sebarang produk kosmetik. 

Menurut beliau, produk tersebut mengandungi kandungan mekuri yang amat tinggi berdasarkan kajian yang lakukan pada sampel oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BKFK).

Biro berkenaan juga menerima laporan dari pihak pengguna yang terkesan dengan produk tersebut. 

Afizah berkata, buat sementara waktu itu pihak syarikat akan menarik balik produk yang terjejas. Bagaimanapun sehingga kini belum ada pihak yang memulangkan produk itu kepada ibu pejabat atau cawangan mereka di seluruh Malaysia.

"Kami telah buat banyak produk dan tidak pernah berlaku kes seumpama ini. Ini adalah yang pertama kali," katanya. 

Berdasarkan tinjauan pihak The Star di premis syarikat berkenaan di Ipoh, produk yang terjejas tidak dijual. Pelanggan hanya datang untuk membeli produk yang lain.

Menurut pihak penjual, produk yang terjejas itu telah ditarik balik pada malam rabu sejurus selepas berita itu tersebar. Namun sehingga kini masih belum ada pelanggan yang datang memulangkan produk yang terjejas.

Semalam, Datuk Vida memberikan jaminan kepada pengguna produknya bahawa produk yang lain keluaran mereka adalah selamat untuk digunakan. Beliau juga telah menarik balik krim Qu Puteh Whitening Pro 9 dari pasaran. 


"Ini adalah harga sebuah kejayaan dan akan ada orang yang iri hati, ini lumrah biasa dalam perniagaan," itu reaksi ringkas dari beliau. - Sumber



Thursday 14 January 2016

Pasangan Bebudak Hingusan Bajet Pergi Honeymoon Di Pulau Langkawi



Kalau dapat pergi bercuti beramai-ramai memang lah seronok, dapat meluangkan masa bersama-sama selepas dah penat bekerja, kan?? Masa itu lah nak 'release tension' masing-masing.. 

Lihat lah, remaja sekarang pun dah dapat pergi bercuti dengan pasangan masing-masing. Elok sangat lah tu, belum ada apa-apa ikatan sah dah dapat pergi cuti bersama.. Tengok muka masing-masing pun dah tau yang sekolah pun tak habis lagi ni.. Terbaik! Bila kata sekolah pun tak habis lagi, sah-sah la pi bercuti atas ikhsan duit mak bapak masing.. Lepas tu dok buat bajet boleh... Eeeuuwww.... 

Nak muntah hijau aku!!, bila diorang minta doa hubungan diorang sampai ke Jannah konon, Pulau Langkawi menjadi saksi cinta diorang.. Haktuiihhh!! 

Yang lagi tak boleh blah, perempuan tu siap cakap yang tudung hanya wajib pakai di sekolah je.. Yela tuu, bila keluar jalan-jalan tudung tak payah pakai.. Biar jerr orang yang bukan muhrim tengok rambut yang konon-konon cantik sangat tu.. Dosa pun percuma je dapat kan! Oppss, dosa pergi bercuti dengan pasangan masing-masing pun tak kisah.. Inikan pulak dosa tak pakai tudung kan..Lagi la tak kisah.. Huhuhu.... 

Ajaran songsang mana kata tudung hanya wajib pakai di sekolah je?? Ini lah kata-kata orang yang tak dak ilmu di dada, main sedap molottt je nak cakap.. Tak payah lah nak bangga sangat nak tayang rambut awak tu dik.. Bukan apa, takut nanti kat akhirat sana tu tak tertanggung azab dik oii!! 

Memakai tudung itu memang dah wajib untuk menutup aurat seorang wanita, jangan memandai kata tudung hanya pakai untuk satu tujuan je! Biar muka hodoh, jangan perangai pun sama hodoh dik. 


sumber,  http://kamithemedia.blogspot.com/2016/01/pasangan-bebudak-hingusan-bajet-pergi-honeymoon-di-pulau-langkawi.html#ixzz3xID91z8U 

Niat nak mengamuk tersekat..lelaki terkedu kereta dilanggar Maria Ozawa!!

siapa tak kenal maria ozawa...pelakon lucah yang cantik..


APAKAH perasaan anda jika kereta anda dilanggar kenderaan lain ketika berada di atas jalan? Pasti anda marah lebih-lebih lagi kereta yang dipandu merupakan salah satu model kereta mewah. 

Namun situasi berbeza di Filipina baru-baru ini apabila seorang lelaki langsung tidak mengamuk malah tidak menuntut apa-apa ganti rugi apabila kereta dipandunya dilanggar oleh sebuah van di Edsa Avenue, Manila. 

Hal ini kerana lelaki tersebut mendapati salah seorang penumpang di dalam van tersebut adalah bekas bintang porno terkenal dari Jepun iaitu Maria Ozawa

Maria, kini berusia 30 tahun; mengakui kesilapan pemandu van dinaikinya itu telah berkali-kali memohon maaf terhadap lelaki tersebut. 

Lebih memeranjatkan, lelaki tersebut hanya mengatakan: “That’s OK, Maria. It was probably my fault anyway. Also, I love you.” 



Selain itu, mereka juga sempat mengambil gambar bersama-sama seterusnya menyebabkan keadaan trafik di ibu kota Filipina itu menjadi lebih sesak teruk. 

Bintang terkenal itu yang dilahirkan pada 8 Januari 1986 kini berada di negara Asia tenggara itu bagi menjalani penggambaran filem seram yang dibintanginya. 

Untuk rekod Maria atau lebih dikenali sebagai Miyabi pernah berkecimpung aktif sebagai aktres flem lucah popular sejak 2002 sebelum bersara pada 2010 lalu. 

Semoga caj baik pulih yang dikenakan oleh lelaki itu terhadap Maria untuk membaiki keretanya yang rosak tidaklah begitu mahal.