Wednesday 27 April 2016

Padah curi wang tabung masjid! LELAKI PARAH DIBELASAH


Padah curi wang tabung masjid

Padah curi wang tabung masjid

BESUT - Seorang lelaki disyaki cuba mencuri peti tabung Masjid Hadhari Jertih cedera parah dibelasah orang ramai apabila kegiatannya disedari pengawal masjid itu malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, lelaki berumur 32 tahun beralamat di Kampung Padang Siam, Pasir Putih, Kelantan itu mengalami patah rahang apabila dipukul orang ramai dalam pergelutan tersebut.

Difahamkan sebelum kejadian pengawal keselamatan membuat pemeriksaan di tingkat atas masjid itu untuk memastikan tidak ada orang dalam masjid sebelum pintu masjid dikunci.

Ketika itulah pengawal keselamatan tersebut ternampak suspek sedang mengumpil peti besi yang terletak di bahagian tengah masjid dengan menggunakan besi pembuka tayar kereta.

Difahamkan, ketika pengawal tersebut bersama rakannya cuba menangkap suspek berlaku pergelutan sehingga menarik perhatian orang ramai yang kebetulan datang untuk mendengar ceramah politik di kawasan berdekatan masjid itu.

Akibat pergelutan itu suspek mengalami kecederaan parah di muka akibat dibelasah orang ramai yang cuba memberkasnya.

Dia yang separuh sedar dan terlantar di atas permaidani masjid itu diserahkan kepada polis kemudian dihantar ke Hospital Besut sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan.

Sinar Harian difahamkan perbuatan suspek turut dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di dalam masjid itu.

Salah seorang ahli jawatankuasa masjid memberitahu, beberapa hari sebelum kejadian, tabung derma orang ramai di masjid itu telah dipecah oleh pencuri menyebabkan wang derma hilang.

“Pencuri sebelum ini menggunakan taktik memecahkan mangga kunci milik masjid kemudian memasukkan mangga kunci yang mereka bawa dengan tujuan datang semula membuka tabung tersebut beberapa hari kemudian,” katanya

Setiap malam mereka dirogol, ada yang hamil!!


Setiap malam mereka dirogol, ada yang hamil




Kubur Rohingya


ALOR SETAR - Wanita-wanita Rohingya yang ditahan di kem transit sindiket pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand diperlakukan persis hamba seks.

Mereka menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh pengawal kem berkenaan.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang wanita Rohingya, Nur Khaidha Abdul Shukur, 24, yang ditahan selama lapan hari bersama anaknya yang baru berusia beberapa bulan di kem transit itu.

"Setiap malam, dua atau tiga wanita muda Rohingya yang agak cantik, akan dibawa keluar dari kandang tahanan dan dibawa ke tempat tersembunyi oleh pengawal-pengawal kem itu."

"Wanita itu dirogol beramai-ramai oleh mereka (pengawal kem), malah di dalam kem itu, ada dua wanita muda yang telah mengandung dipercayai akibat perbuatan pengawal itu," katanya kepada wartawan Bernama menerusi penterjemah di sini hari ini.

Menurut Nur Khaidha, ada juga di antara wanita-wanita itu yang "dibawa" oleh pengawal-pengawal kem berkenaan selama beberapa hari untuk menjadi mangsa kebuasan seks mereka.

"Mereka (wanita) akan 'hilang' selama dua hingga tiga hari selepas dibawa oleh pengawal itu. Selepas mereka dikembalikan ke kandang, saya tidak bertanya tetapi saya tahu apa yang telah terjadi kepada mereka."

"Dari raut wajah mereka, kita tahu," katanya dan menambah, wanita-wanita yang ditahan dalam kandang itu tidak dibenarkan bercakap di antara satu sama lain, atau akan dipukul.

Kedua-dua wanita Rohingya yang mengandung dipercayai akibat dirogol pengawal itu, kata Nur Khaidha, telah ditahan di kem transit itu lebih daripada enam bulan.

Katanya, di dalam kem transit itu di mana beliau ditahan pada tahun lepas, terdapat 15 wanita Rohingya mangsa sindiket itu, dengan lima daripada mereka mempunyai anak-anak kecil.

Kelima-lima yang mempunyai anak itu turut ditahan di dalam kandang bersama-sama anak mereka, tetapi tidak diapa-apakan oleh pengawal terbabit.

"Mungkin kerana kami mempunyai anak-anak kecil, maka pengawal-pengawal tidak bertindak merogol kami. Tetapi walau apapun, saya berdoa setiap hari agar tidak menjadi mangsa rogol mereka," katanya.

Nur Khaidha, yang berasal daripada Maungdaw, Myanmar memberanikan diri menyeberangi Laut Andaman menaiki bot ke Malaysia bersama-sama anak kecilnya untuk menjejaki suaminya.

Beberapa bulan sebelum itu, suaminya, Nurul Amin Nobi Hussein, 25, telah menaiki bot dari Maungdaw ke Ranong, Thailand, dalam usahanya untuk menjejakkan kaki di Malaysia.

Tanpa diketahui oleh isterinya, beliau turut ditahan oleh sindiket pemerdagangan manusia di kem transit mereka di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.

Berbanding Nur Khaidha yang ditahan selama lapan hari di kem transit di Padang Besar, suaminya pula telah ditahan di kem di utara tanah air itu selama 22 hari, sebelum nekad melarikan diri.

Nurul Amin yang kini bekerja di sebuah bengkel di Alor Setar berkata, keinginan mencari kehidupan yang lebih baik membuat beliau, isteri serta anak lelaki mereka bertaruh nyawa menaiki "bot-bot maut" ke Malaysia. 

Sama seperti yang didedahkan oleh isterinya, Nurul Amin turut menceritakan kisah wanita Rohingya itu dirogol.

"Pada waktu malam, beberapa pengawal akan datang ke kandang-kandang yang menempatkan wanita itu dan menarik keluar mereka ke suatu tempat berdekatan."

 "Kami mendengar teriakan dan tangisan wanita-wanita itu kerana tempat di mana mereka dirogol amat hampir dengan kandang kami...cuma kami tidak dapat melihat," katanya.

Kini hampir setahun berlalu, Nurul Amin dan isterinya, bersyukur kerana telah bebas dari azab dan sengsara di kem-kem pemerdagangan manusia.

Mereka tekad memulakan hidup baru. - Bernama

PELIK...Lelaki ini pecah masuk kedai tetapi sebelum beredar dia sempat hadiakan "SESUATU" ..ANDA PASTI TAK PERCAYA DENGAN "HADIAH" YANG DIA TINGGALKAN" UNTUK TAUKEH KEDAI TERSEBUT

Tinggalkan najis selepas mencuri




BAHAU - Seorang pemilik kedai makan di Taman Meranti di sini, bukan sahaja mengalami kerugian apabila kedainya dipecah masuk, malah terpaksa membersihkan najis dipercayai milik pencuri yang ditinggalkan dalam premis perniagaannya itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa berusia 33 tahun hanya menyedari kejadian itu apabila membuka kedainya sekitar jam 6 pagi.

“Bagaimanapun, setibanya di kedai, dia ternampak lampu premisnya terbuka. Apabila masuk ke dalam, dia mendapati barang-barang dalam kedainya berselerak.

“Tetapi lebih mengejutkan, ada 'hadiah’ najis dan kencing dipercayai milik pencuri yang ditinggalkan selepas selesai mencuri di kedai tersebut,” katanya selepas mengesahkan kejadian, semalam.

Noorzainy berkata, berdasarkan siasatan, terdapat lubang angin di belakang premis telah terbuka dan polis percaya suspek yang bertubuh kecil masuk ke kedai mangsa melalui lubang tersebut.

“Premis itu tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV), bagaimanapun cap jari dipercayai milik suspek berjaya dikesan

“Mangsa mengalami kerugian lebih kurang RM1,200 melibatkan kehilangan telefon bimbit, wang tunai dan beberapa karton rokok.

“Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk dalam premis,” katanya.

SEMASA: Pembantu am hospital rugi lebih RM2,000

Pembantu am hospital rugi lebih RM2,000


Pembantu am hospital rugi lebih RM2,000




KOTA BHARU - Seorang pembantu am di sebuah hospital di sini kerugian kira-kira RM2,500 selepas rumahnya dipecah masuk dalam kejadian di Kampung Jambu Merah, Melor pagi kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa Zahari Dollah, 55 dan isterinya, ke tempat kerja bersama dan telah memastikan pintu dikunci sempurna sebelum meninggalkan kediaman.

Mangsa hanya menerima panggilan daripada isterinya kira-kira jam 2.30 petang yang dimaklumkan rumah mereka dimasuki pencuri selepas mendapati pintu sebelah kiri kediaman mereka diumpil dan terbuka.

Hasil pemeriksaan, mangsa mendapati keadaan dalam rumah mereka berselerak dan mangsa turut kehilangan dua unit netbook, satu unit komputer riba, satu unit skrin komputer dan satu unit beg bimbit.

Kawasan kediaman mangsa merupakan banglo setingkat dan mempunyai pagar.

Suspek dipercayai masuk ke pekarangan rumah mangsa melalui pagar belakang rumah dan mengumpil pintu sebelah kiri rumah untuk masuk ke dalam kediaman terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, kes diklasifikasikan di bawah Sekyen 457 Kanun Keseksaan (KK) dan siasatan masih dijalankan untuk tindakan lanjut.

Tuesday 26 April 2016

Kejadian budak perempuan dan ibunya dilarikan tidak benar- Polis

Kejadian budak perempuan dan ibunya dilarikan tidak benar- Polis

Info yang menjadi viral di media sosial.


KOTA KINABALU: Pihak polis menafikan kejadian berkaitan berita viral yang mengatakan seorang budak perempuan telah dilarikan di Kota Kinabalu. Info yang menjadi viral itu menyatakan supaya orang ramai sama-sama mencari kereta mitsubishi storm di kawasan Kota Kinabalu kerana di dalam kenderaan tersebut terdapat seorang budak perempuan berusia lima tahun dan ibunya yang dibawa lari. Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu iaitu ibu kepada Nurul Ainah pada jam 11.48 pagi tadi yang memberitahu bahawa anaknya Nurul Ainah Bin Mohamad telah membawa anak perempuannya yang bernama Aida Aiqa Rina Bin Arman ke Kota Kinabalu. “Siasatan awal mendapati, pengadu telah dihubungi oleh anaknya, Nurul Ainah yang memberitahu bahawa dia ingin membawa anaknya ke Kota Kinabalu dan seterusnya ingin membawa anaknya itu ke Kuala Lumpur,”katanya. Menurut Chandra, Nurul Ainah juga dikatakan mengalami tekanan perasaan disebabkan masalah keluarga. Pada jam lebih kurang 5.15 petang, pengadu menyatakan bahawa anak dan bersama cucunya itu berjaya ditemui oleh anggota polis Beaufort di sebuah stesen minyak dalam keadaan selamat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

kredit kepada: 
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/kejadian-budak-perempuan-dan-ibunya-dilarikan-tidak-benar-polis/

Serpihan Dari Mozambique Hampir Pasti Datang Dari MH370

mh370-1

KUALA LUMPUR – Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti berasal dari MH370, menurut Laporan Pemeriksaan Teknikal yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB). Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia Darren Chester berkata laporan itu menunjukkan kedua-dua serpihan adalah daripada sayap pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang itu. “Penstensilan pada kedua-dua bahagian serpihan memberikan penyiasat bukti hubung kait. Fon dan warna pada nombor yang distensilkan pada bahagian pertama menyamai apa yang dibangunkan dan digunakan oleh Malaysia Airlines. Bahagian kedua mengandungi perkataan ‘No Step’ dengan penstensilan konsisten dengan yang digunakan Malaysia Airlines dan sebuah pengikat yang dipasang pada bahagian itu membuktikan hubung kait serpihan berkenaan dengan talian pengeluaran pesawat itu,” kata beliau dalam satu kenyataan media di dalam laman sesawang kementerian itu hari ini. “Saya berterima kasih dengan pasukan daripada ATSB, Geoscience Autralia, Boeing dan Australian National University di atas tugas mereka,” katanya. Chester berkata pencarian pesawat hilang itu diteruskan di 20,000 km persegi terakhir. Beliau berkata kapal China Dong Hai Jiu 101 yang terlibat dalam pencarian akan digerakkan semula ke kawasan itu selepas penemuan semula peralatan sonar yang hilang dalam pencarian sebelum ini. “Pada 21 Mac kegagalan penyambung kabel penunda mengakibatkan kehilangan peralatan sonar daripada Dong Hai Jiu 101,” katanya. Chester berkata beliau merasa gembira kerana peralatan sonar itu telah berjaya dikeluarkan dari dasar lautan. “Ia akan diperiksa dan diuji sebelum kapal itu kembali ke kawasan pencarian,” katanya. Kedua-dua serpihan itu ditemukan berasingan di Mozambique pada Disember tahun lepas dan Februari tahun ini. Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. Pada masa ini, usaha mencari dilakukan di selatan Lautan Hindi yang mana laluan penerbangan MH370 dipercayai berakhir. – BERNAMA

sumber: Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/serpihan-dari-mozambique-hampir-pasti-datang-dari-mh370/

ABU SAYYAF PENGGAL KEPALA TEBUSAN SELEPAS GAGAL MENDAPAT WANG TEBUSAN?


Abu Sayyaf penggal tebusan?
abu-sayyaf


Abu Sayyaf penggal tebusan? 10:35am 26/04/2016 Pak Roshan 9696 views Global Manila: Tujuh kepala dipercayai tebusan yang dipenggal kumpulan Abu Sayyaf ditemui di Jolo hari ini, lima jam selepas berakhirnya tempoh pembayaran wang tebusan ditetapkan kumpulan itu. Bagaimanapun, pihak berkuasa Filipina masih belum mengesahkan sama ada kepala terbabit milik empat tahanan yang dituntut wang tebusan oleh Abu Sayyaf iaitu dua lelaki Kanada, seorang lelaki Norway dan seorang wanita Filipina yang muncul dalam rakaman video sebelum ini merayu keluarga serta kerajaan berusaha membebaskan mereka. Jurucakap tentera, Major Felimon Tan, berkata: “Kami masih belum dapat menyatakan kepala siapa ditemui itu.” Penduduk melihat dua lelaki bermotosikal membuang beg plastik mengandungi kepala terbabit di tengah bandar Jolo Abu Sayyaf mengancam memenggal seorang daripada empat tebusan hari ini, jika wang tebusan 300 juta peso (AS$6.4 juta) setiap seorang tidak dibayar pada jam 3 petang waktu tempatan. Mereka ditawan di sebuah resort di Pulau Samal pada 21 September lalu. Kumpulan Abu Sayyaf juga sedang menahan beberapa lagi rakyat asing termasuk empat rakyat Malaysia dan 14 Indonesia iaitu kru bot tunda, serta seorang Belanda dan seorang Jepun. – Reuters/HMetro

SUMBER: Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/abu-sayyaf-penggal-tebusan-2/

Sunday 24 April 2016

TERKINI: Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit' Ayah Pin, meninggal dunia

Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit' Ayah Pin, meninggal dunia

Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit' Ayah Pin, meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ketua ajaran sesat 'Kerajaan Langit' Arifin Muhamad atau Ayah Pin, meninggal dunia pada jam 8.30 Jumaat malam di rumahnya, di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, Terengganu.

Menurut isterinya, Che Jaharah Awang, 56, suaminya meninggal dunia pada usia 74 tahun kerana sakit tua.

Ayah Pin, adalah pengasas kepada 'Kerajaan Langit' yang telah disenaraikan pihak berkuasa agama dalam kumpulan ajaran sesat yang berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil 'tuhan' segala agama, manakala pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai 'tuhan' yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu berkenaan.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu melalui Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, mengeluarkan fatwa bahawa ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat dan merosakkan akidah.

Jawatankuasa berkenaan juga memaklumkan ajaran Ayah Pin boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam.

Fatwa berkenaan diwartakan haram pada 4 Disember 1997.

Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.
Sementara itu, Jenazah Ayah Pin telah dikebumikan jam 8 pagi tadi di tanah perkuburan berhampiran rumahnya di perkampungan berkenaan, lapor Berita Harian Online.


Tak Habis-Habis C Justin Bieber cari publisiti..kali ini Kenyataan tidak sensitif berkenaan Prince

Justin Bieber dikecam akibat kenyataan tidak sensitif berkenaan Prince

Justin Bieber dikecam akibat kenyataan tidak sensitif berkenaan Prince

Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber menimbulkan kemarahan ribuan peminat Prince berikutan komen tidak sensitif yang ditinggalkan di laman Instagram berkenaan mendiang Prince.

Pada hari Khamis, ahli muzik, Andrew Watt mencatatkan satu penghormatan terakhir kepada mendiang Prince di akaun Instagramnya.

“Purple One merupakan lagenda penghibur yang terakhir yang dimiliki oleh industri hiburan,” tulis Andrew.  

Kemudian akaun Instagram milik Bieber meninggalkan komen, "bukan lagenda penghibur yang terakhir,” di bawah kenyataan tersebut.

bieber
Kredit Gambar: Instagram Andrew Watt