Wednesday 30 September 2015

GILA ! Mangsa Kemalangan Buat Perkara YANG SANGAT PELIK Ketika Tunggu Ketibaan Ambulans



BEIJING 7 Mei - Seorang pelajar yang mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, cuba menahan kesakitan yang dialami dengan menghafal perkataan Inggeris dari kamus elektronik, sambil menunggu kehadiran ambulans.

Laman web Mail Online melaporkan, ketika kejadian, Wang Dafan, 18, dalam perjalanan ke kelas tutorial, sebelum motosikalnya dilanggar sebuah kereta di pusat bandar.

Selepas mengetahui kecederaan yang dialami tidak serius, Dafan mengeluarkan kamus elektronik Gizmo dan mempelajari kira-kira 107 perkataan Inggeris, sambil menunggu kehadiran ambulans.

"Setibanya di tempat kejadian, kami agak terkejut kerana walaupun cedera dia tetap tekun belajar. Dafan memberitahu saya, dia tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas," ujar seorang jurucakap polis.

Dafan yang memenangi banyak anugerah dalam bidang akademik dan turut menerima biasiswa hanya mengalami cedera ringan di tangan, kaki dan kepala dalam kemalangan itu.

"Mempelajari perkataan Inggeris begitu membantu saya untuk melupakan kesakitan yang dialami. Kemalangan itu turut mengingatkan saya bahawa hidup ini terlalu singkat dan pelajaran amat penting dalam mengubah hidup seseorang," kata Dafan.

Pelajar Universiti Capital Normal itu, bercita-cita mahu menyambungkan pelajarannya ke Universiti Oxford atau Cambridge.







Mohon Viralkan Akibat Tidak Mencuci Muka Setiap Hari Lihatlah Wajah Lelaki Ini Yang Mengerikan

Ho Chi Minh: Seorang lelaki di sini dijangkiti sejenis virus misteri yang memakan daging sehingga menyebabkan mukanya hampir hilang.


Mohon Viralkan Akibat Tidak Mencuci Muka Setiap Hari Lihatlah Wajah Lelaki Ini Yang Mengerikan

Huynh Van Dat, 51, dijangkiti virus berkenaan sejak 11 tahun lalu dan kini dia tidak mempunyai mata, hidung dan mulut.

Isteri Van Dat, Huynh Thi Trieu berkata, suaminya mula dikesan dijangkiti virus itu pada 2004 apabila hidungnya sering berdarah.

Tidak lama selepas itu, Van Dat mendapati ada cecair masuk ke dalam hidungnya setiap kali dia minum.

Doktor yang merawat Van Dat memberitahu, dia ada masalah di dalam hidung dan ia boleh dipulihkan melalui pembedahan.

Bagaimanapun, selepas pembedahan dijalankan keadaannya tidak pulih dan semakin buruk.

Lubang di dalam hidungnya semakin membesar dan virus itu perlahan-lahan memakan hidung, pipi dan matanya.

Walaupun tidak berdarah suami saya memberitahu keadaan itu sangat menyakitkan, katanya.

Menurutnya, keadaan suaminya kini semakin teruk dan dia tidak boleh bercakap serta melihat lagi.

Menurutnya, doktor juga bingung dan masih belum mengenal pasti virus yang memakan daging muka suaminya. – Agensi



HARGA TERKINI BAHAN API : HARGA BARU MINYAK MULAI TENGAH MALAM INI 30 SEPT 2015





Harga runcit untuk semua jenis bahan api di seluruh negara akan naiksebanyak 10 sen tengah malam ini, The Star melaporkan.

Harga bahan api yang baru untuk bulan Oktober 2015 akan menyaksikanRON95 akan meningkat kepada RM2.05RON97 (RM2.45), diesel (RM1.90) dan Euro 5 Diesel (RM2). - 30 September, 2015.

Lelaki Ini Belanja Dua Anak Jalanan Makan Dan Lihat Apa Yang Terjadi

Lelaki Ini Belanja Dua Anak Jalanan Makan Dan Lihat Apa Yang Terjadi

Tuesday 29 September 2015

BERANG Syamel DISINGKIRKAN Dari AF2015 Malam Tadi, Dato Ramli MS Buat Tindakan GILA !



Mengejutkan! Pelajar #AF2015 yang terkenal dengan jolokan suara emas, Syamel diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir di konsert minggu kelapan sebentar tadi.

Sebaik sahaja namanya disebut oleh hos #AF2015 Zizan Razak, keadaan di Auditorim Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kecoh seketika tanda tidak puas hati di kalangan penonton yang hadir.

Bertemakan pilihan media dan penonton, Syamel telah membawakan lagu berjudul ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ nyanyian asal Ibnor Riza telah mendapat peratusan terendah iaitu 11.42%.

Bagaimanapun, Dato’ Ramli dengan wajah yang serius membantah penyingkiran pelajar berusia 22 tahun itu dengan menggunakan kuasa Imuniti (kuasa juri).

Buat pertama kalinya, Imuniti telah diberikan kepada juri oleh pihak produksi untuk menyelamatkan seorang pelajar dari tersingkir dan hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Kuasa tersebut telah diberikan sejak bermulanya konsert pertama #AF2015 dan hanya boleh digunakan selepas konsert kelima.

Dengan persetujuan juri jemputan iaitu pelakon hebat Fauziah Datuk Ahmad Daud, Dato’ Ramli telah membuat keputusan untuk menyelamatkan Syamel setelah mengambil kira persembahan pelajar itu yang sentiasa konsisten setiap minggu.

Ketika ditemui Astro Gempak, Dato’ Ramli memberitahu  bahawa Syamel memang layak untuk menerima Imuniti tersebut.

“Saya bukan pilih kasih, saya beri Imuniti itu setelah mengambil kira persembahan Syamel dan dia memang layak.

“Dia adalah seorang pelajar yang sentiasa konsisten dalam persembahan dan bakat yang dia ada tidak perlu dipertikaikan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syamel yang terselamat mengucapkan terima kasih kepada pihak juri dan juga bersyukur dengan peluang kedua yang diberikan kepadanya.

Konsert ketujuh #AF2015 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Saksikan Diari #AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam.

#AF2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Untuk menyaksikan video eksklusif persembahan pelajar #AF2015, sila layari www.af.com.my.

Terlepas aksi #AF2015?
Muat turun aplikasi Astro on the Go di www.astroonthego.com, kemudian anda boleh saksikan bintang #AF2015 kegemaran anda di mana bila-bila masa dan di mana sahaja.

Jangan lupa juga untuk menyertai MV Lip Sync dan berpeluang untuk memenangi telefon pintar. Muat turun aplikasi MV Lip Sync di App Store dan Google Play Store secara percuma.

NGERI MAYAT BERGELIMPANGAN ! Hanya Kerana Buat Kesalah KECIL ! 5 Kanak-Kanak MAUT DITETAK !



Chiang Mai (Thailand): Empat budak dan seorang budak perempuan berusia antara lima bulan hingga lapan tahun mati ditetak oleh seorang lelaki yang mengalami masalah mental daerah Chai Prakarn Chiang Mai manakala ibu kepada tiga daripada kanak-kanak itu, cedera.

Menurut The Nation, lelaki itu, Asapa Siwua, 22, dibebaskan dari hospital di Chiang Mai sebulan lalu, masuk ke dalam rumah dengan membawa pisau besar lalu menetak kepala dan leher kanak-kanak terbabit. Mereka dikenal pasti sebagai Wasant Sae Ying, Aaref Sae Ying, Singju Sae Ying, Hao Sang Sae Ying dan Theerawut Denwipailertlam.

Yikor Sae Jern, ibu kepada dua budak anak budak perempuan yang dibunuh, luka dari muka hingga ke telinga. Dua lagi budak yang menjadi mangsa ialah anak saudara Yikor dan anak jirannya.

AP melaporkan, jurucakap polis Leftenan Kolonel Sombat Kalasuk berkata, lelaki itu menjadi berang dengan bunyi bising dari rumah jirannya iaitu rumah mangsa lalu mengambil pisau sepanjang 47 sentimeter di dapur dan pergi ke rumah berkenaan dan membunuh kanak-kanak terbabit.

Tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa ditemui dalam rumah manakala seorang lagi ditemui berhampiran pagar di luar rumah. Budak kelima mati di hospital.

Selepas melakukan pembunuhan itu, lelaki berkenaan masuk ke dalam rumahnya dan penduduk kemudian mengepung rumah berkenaan.

Apabila polis tiba dan membawa keluar lelaki itu, penduduk menyerangnya hingga dia cedera.




MASYAALLAH ! Akhirnya Misteri Penemuan MENGERIKAN Ini Membongkar Misteri Setahun Yang Lalu



Keningau: Misteri kehilangan seorang lelaki hampir setahun lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam gaung di Kilometer 16 Jalan Keningau-Kimanis, di sini, hari ini.

Rangka Sharif Marzuki, 28, ditemui dalam dalam lori satu tan oleh orang ramai yang kebetulan sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan itu, pada 3.55 petang.

Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Superintendan Douglas Taong, berkata berdasarkan maklumat tertera pada lori berkenaan, polis pergi ke sebuah rumah dipercayai ahli keluarga mangsa.

"Menurut ibu mangsa, Sharif sudah lama tidak pulang ke rumah dan mereka terputus hubungan sejak Januari tahun lalu.

"Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat berhubung kehilangan mangsa. Mangsa disyaki terbabas lalu jatuh ke gaung tanpa disedari sesiapa.

"Rangka mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



Monday 28 September 2015

[VIDEO] 28 Petugas Haji Dijatuhkan Hukuman PANCUNG Kerana Bertanggungjawab Atas Tragedi Di Mina



Mina- Nyawa dibayar nyawa itulah hukum di Arab. Dianggap lalai dalam menjalankan tugas hingga ratusan jemaah haji meninggal dalam tragedi Mina, sebanyak 28 petugas di lapangan harus menyerahkan kepala mereka di pengadilan Arab Saudi. 

Ke 28 petugas Mina tersebut kabarnya dipancung, pada Jumaat (25/9/2015) atas perintah Raja Salman. Sayangnya disebalik hukuman pancung itu ada yang mengatakan mereka dikorbankan hanya untuk menutupi kesalahan Mohammad bin Salman Al Saud yang dituduh sebagai penyebab terjadinya tragedi Mina yang mengorbankan ratusan orang jamaah haji di Mina pada Kamis, 24 September 2015.

Mohammad bin Salman Al Saud adalah Wakil Putra Mahkota Kerajaan Arab Saudi yang sekaligus Menteri Pertahanan Arab Saudi. 

Kabar tersebut ditulis oleh surat kabar Lebanon al-Diyar. Al-Diyar menyebut bahawa beliau melakukan konvoi dengan membawa rombongan besar. 

Kehadiran Mohammad bin Salman Al Saud dengan konvoi rombongan besar itu dikatakan telah menyebabkan kekacauan dan menyebabkan terjadinya peristiwa rempuahan jemaah 

Al-Diyar menulis bahawa kehadiran Mohammad bin Salman Al Saud dengan konvoinya yang melawan arus perjalanan sebagai faktor penyebab. 

Sementara itu, Raja Salman ( Bapa kepada Mohammad bin Salman Al Saud) memberikan perintah untuk memberikan senarai nama orang yang bertanggung jawab mengatur kunjungan dan jemaah serta bertanggung jawab atas kematian jemaah. dan memerintahkan supaya mereka dikenakan hukuman pancung 

Hukuman akan dilaksanakan di hadapan jemaah haji. 

Ramai yang menganggap, para petugas yang dikenakan hukuman pancung adalah tidak adil dan zalim yang hanya dijadikan sebagai kambing hitam untuk menutup kesalahan ahli keluarga sendiri. -Sumber

Tonton Video Di sini :https://youtu.be/uliHNpH_5ZI


Bayi 6 Minggu Mabuk, Susu Formula Dicampur Dengan Vodka...Kejadian Itu Betul-betul Diluar Jangkaan Kita !!!!







KENOSHA (AMERIKA SYARIKAT) - Gara-gara tindakan bodoh si bapa, seorang bayi berusia 6 minggu dikejarkan ke hospital selepas dia diberi minum susu formula bercampur dengan arak.


Dalam kejadian pada Isnin lalu, ibu bayi secara tidak sengaja telah mencampurkan arak jenis Vodka dalam susu formula anaknya menyebabkan paras alkohol dalam darah mangsa mencecah 0.294. Tiga kali ganda lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan untuk pemandu dewasa.


Bagaimanapun. ibu bapa bayi berkenaan tidak akan didakwa kerana kejadian itu tidak disengajakan, menurut jurucakap polis Kenosha, Wisconsin Bradley Hetlet.


Namun, bapa mangsa, Brian Smith, 22, akan didakwa atas pertuduhan berkait dengan keganasan rumah tanga yang berlaku selepas kejadian itu.


Menurut keterangan ibu mangsa, dia itu mengisi air ke dalam bekas untuk dicampur dengan susu tepung sebelum meninggalkan dapur seketika.  Lelaki itu kemudian masuk ke dapur dan membuang air di dalam bekas tersebut dan mengisinya dengan vodka bertujuan untuk membawanya ke rumah rakannya.


Si ibu yang tidak menyedari tindakan suaminya itu masuk semula ke dapur dan mencampurkan dua auns vodka itu dengan susu tepung bayi dan memberi kanak-kanak itu minum. 


Pasangan itu hanya menyedari kesilapan mereka setelah melihat bayi mereka berkelakuan luar biasa.


Insiden kecuaian itu menyebabkan pasangan terbabit bergaduh dan beberapa anggota keluarga mereka juga turut campur tangan sebelum pasukan kecemasan tiba dan mengejarkan bayi itu ke hospital.


Bayi itu dilaporkan selamat dan telah dibenarkan pulang. - THEHYPEMEDIA.COM

PUTERA RAJA ARAB SAUDI DITAHAN KERANA PAKSA WANITA LAKUKAN SEKS ORAL


Seorang Putera Raja Arab Saudi ditahan pihak berkuasa di Los Angeles kerana didakwa memaksa seorang wanita melakukan seks oral ke atasnya di sebuah rumah agam di Beverly Hills.

Putera Majed Abdulaziz Al-Saud ditahan pada Rabu, kata Pegawai Polis Los Angeles Drake Madison.

Menurutnya, kerabat Diraja Arab berusia 28 tahun itu telah ditahan selama satu malam dan dibebaskan dengan jaminan sebanyak AS$300,000 (268,000 euro).

Saksi mendakwa ternampak seorang wanita dalam keadaan berdarah menjerit meminta pertolongan disebalik tembok rumah agam berkenaan sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.

Putera Raja bermasalah itu sebelum ini pernah ditahan kerana kesalahan jenayah lain.

Jika disabit kesalahan, Majed boleh dipenjara sehingga lapan tahun dan denda AS$10,000.

Adakah Ini Punca Murka Allah Pada Kerajaan Arab Saudi Sampai Terjadinya Tragedi Haji Tahun Ini?





Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.
Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!

Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.

Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.

Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!

Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

Sunday 27 September 2015

pelik tapi benar - Guna Doraemon Untuk Panggil Hujan?

Kerana terjejas akibat berlaku kemarau teruk di daerah Nong Muang Khai, penduduk kampung telah mengambil inisiatif mengadakan upacara memanggil hujan menggunakan seekor kucing.

Tetapi apa yang pelikknya, kucing tersebut adalah patung kucing di dalam rancangan kanak-kanak popular Jepun iaitu Doraemon.



Mereka menggunakan watak patung robot itu menggantikan kucing hitam yang selalu digunakan kerana mengelak dituduh menganiaya dan mendera haiwan.

Upacara tersebut dilakukan oleh seorang pemilik ladang jagung di Wan Luang, dia meletakkan patung Doraemon tersebut di dalam sebuah sangkar kayu sebelum diarak mengelilingi kampun untuk meminta hujan turun.

Berdasarkan kepercayaan asal mereka, seekor kucing bewarna hitam sepatutnya digunakan di dalam ritual berkenaan sebagai korban untuk meminta hujan.

Tindakan menukar dengan patung Doraemon adalah kerana bimbang jika menggunakan kucing hidup mereka akan dikecam oleh orang ramai.
“Kami akhirnya terpaksa menggunakan patung Doraemon kerana sukar untuk mencari patung kucing,” katanya.
Ujarnya, sangkar itu dibawa ke lima lokasi yang dipercayai didiami oleh nenek moyang mereka diikuti satu acara keagamaan di sebuah kuil.
“Walaupun upacara itu tidak membawa hujan tetapi penduduk tetap gembira dan ia membantu menenangkan mereka ketika ini,” jelasnya


Saturday 26 September 2015

Berang akibat disaman, seorang lelaki bertindak bodoh dengan menulis perkataan lucah di atas surat saman sehingga mengakibatkan dia ditahan polis






saman-sabah


Berang akibat disaman, seorang lelaki berusia 30 tahun bertindak bodoh dengan menulis perkataan lucah di atas surat saman sehingga mengakibatkan dia ditahan polis dalam kejadian di Jalan Tuaran Bypass, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, suspek yang memandu pacuan empat roda dikatakan melakukan dua kesalahan trafik iaitu tidak memakai tali pinggang keledar dan menampal lapisan plastik gelap pada cermin kenderaannya.
Lelaki itu bagaimanapun tidak berpuas hati dan menulis perkataan lucah pada ruang tandatangan surat saman yang diterima sebelum menyerahkannya kepada pegawai trafik bertugas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis terpaksa menahan suspek atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.


Sumber Artikel Ini : http://suarasabah.com/2015/09/tulis-perkataan-lucah-lelaki-ditahan-polis-sabah/#ixzz3mtna4RY5

Pernah Layan Movie 'Gila-Gila Remaja'?Inilah 5 Gambar Terkini Susiana 'Kekasih' Si Azroy Yang Semestinya MENGEJUTKAN semua..!!!!



#masih cantik just chubby..tapi manis nya ada
lawa dia ni





sumber asal