Friday 27 May 2016

Pengakuan Berani: Gadis Muat Naik Video 'Barang Abang Kecil La' Viral Di Laman Sosial

Gadis Muat Naik Video 'Barang Abang Kecil La' Viral Di Laman Sosial


Video yang dimuat naik oleh seorang gadis yang di dakwa berasal dari Sabah ini menjadi viral di laman sosial selepas pengakuannya itu telah menggemparkan ramai orang.

Gadis yang mengaku selalu tidak puas dengan hubungan seks bersama teman lelakinya itu menyuruh supaya, teman lelakinya itu berjumpa dengan doktor untuk rawatan pembesaran 'barangnya' itu.

Malah, apa yang lebih memalukan adalah, gadis ini seakan-akan tidak malu menyatakan yang kemahuannya terhadap nafsu seks amatlah besar.

hrmm..x tau la nak kata ape...zaman sekarang ni macam-macam berita

Thursday 26 May 2016

INFO PENTING!! Apa Yang Akan Terjadi Kepada ''Joint Loan" Anda Jika Salah Seorang Meninggal Dunia

Apa Yang Akan Terjadi Kepada ''Joint Loan" Anda Jika Salah Seorang Meninggal Dunia


Sudah pasti ramai mereka diluar sana menjadikan 'joint loan' sebagai pilihan jika hendak membeli rumah atau kereta jika nilai aset berkenaan terlalu tinggi dan tidak lepas untuk gaji seorang diri.

Selalunya pasangan suami isteri akan menggabungkan penyata gaji mereka untuk membolehkan sebarang pinjaman lebih mudah untuk diluluskan.

Tetapi apakah akan terjadi jika salah seorang daripada mereka meninggal dunia? adakah hanya seorang perlu menanggung bayaran pinjaman berkenaan?

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang penasihat kewangan bernama Bella Leana di mana beliau telah mengupas mengenai perkara ini.

Jom kita baca apa yang ditulis beliau.

Salam Baroqah semua....Sihat tak hari ini?

Bella doakan kita semua masih terus dipinjamkan rezeki kesihatan yang baik insyaAllah.

Ada yang bertanya Bella tentang isu MRTA/MRTT. Bella ada tulis sikit info ini dalam status yang lepas. Hari ini Bella nak tambah sikit lagi.. boleh?

Soalan: Apa kesan ‘joint loan’ jika salah seorang peminjam meninggal?
Ok, mari Bella kongsi sikit.

Contoh Joint Loan

Harga Rumah (Pinjaman 500k)

Bayaran bulanan: RM2500

MRTT cover 50%-50% (Suami 250k, Isteri 250k).

Suami meninggal, tinggallah isteri dan rumah impian bersama.

Isteri, boleh walk in ke bank (lebih mudah pergi ke home branch) bawa surat tawaran pinjaman (LO), sijil mati, salinan kad pengenalan.

Kalau dah tak jumpa LO, bawalah death cert arwah suami tu. Tuntut MRTT.

Bilamana salah seorang peminjam meninggal dunia dan ada perlindungan MRTT, bahagian si mati akan diselesaikan oleh MRTT.

Situasi di atas

50% daripada outstanding loan amount tu akan selesai. Jadi outstanding loan akan berbaki lagi separuh. Untuk bayaran bulanan pula, akan kekal RM2500 tetapi boleh minta untuk kurangkan sehingga 50%. Jika bayaran bulanan masih RM2500, bermakna tempoh pinjaman akan berkurang, sebaliknya, jika instalment berkurang tempoh pinjaman masih sama.

Dalam kes yang macam ni, bila bayaran bulanan berkurang, ia TIDAK dikategorikan sebagai ‘restructure’. Kita hanya buat ‘adjustment’ sahaja. Tetapi jika, peminjam yang masih hidup tak sanggup nak buat 50% bayaran bulanan dan mahu kurangkan lagi amaun, yang ini terus dikategorikan sebagai ‘restructure’.

Boleh faham tak ayat Bella?

Pendapat persendirian Bella, jika kita buat joint loan, untuk part insurans, lebih baik buat 50-50 atau pun lebihkan % untuk main contributor. Siapa yang bayar lebih untuk pinjaman tu, maka % nya pun dilebihkan.

Sebab apa? Dia yang main contributor. Memang kalau diikutkan sang suami (lelaki) lebih berisiko untuk mati cepat (maaf bahasa kasar) tapi cerita pasal mati ni, tak kira lelaki atau perempuan. Bila-bila masa boleh Innalillah.

Korang justify sendiri hal ini ok. Tetapi pastikan ambillah insurans. Kesian yang tinggal nanti.

Untuk penulisan lain boleh juga rujuk pada status Bella sebelum ini pasal MRTT:

1. MRTT vs MLTT

2. MRTA/MRTT vs Loan

Harap-harap dapat membantu semua.

Love,
Bella Leana

sumber-SK

Tuesday 24 May 2016

Hentikan Sebar Berita Palsu Pesawat Terhempas-BOMBA

Hentikan Sebar Berita Palsu Pesawat Terhempas-BOMBA





KUALA LUMPUR, 24 Mei: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menafikan satu berita palsu yang kononnya terdapat insiden pesawat terhempas di Perlis.

Menerusi akaun Twitternya, JBPM berkata gambar yang disebarnya bukan berlaku di Perlis tapi gambar insiden lain yang telah berlaku beberapa tahun lepas.

"Berita berkenaan pesawat terhempas di Perlis adalah palsu. Hentikannya sebarannya," kata akaun Twitter itu.

Gambar itu mula diviralkan oleh seorang pengguna Facebook pagi tadi yang berkata kononnya sebuah pesawat ringan terhempas di Felda Mata Air di Padang Besar.

BH Online melaporkan, melalui pemerhatian mereka, gambar itu adalah dari insiden sebuah pesawat Twin Otter milik MASwings yang terhempas di Kudat,Sabah, tiga tahun lalu dan mengorbankan dua orang termasuk pembantu juruterbang.

sumber: SK

Gempar!! Powerbank Tiba-Tiba Meletup & Terbakar Ketika Sedang Tidur

Lelaki Terkejut Powerbank Tiba-Tiba Meletup & Terbakar Ketika Sedang Tidur


KUALA LUMPUR, 23 Mei - Seorang lelaki yang bekerja sebaagi penolong penerbit di sebuah stesen televisyen swasta di sini  terpaksa berhadapan dengan pengalaman yang mendebarkan apabila powerbank yang disimpan di dalam begnya tiba-tiba meletup dan terbakar di rumahnya di Bandar Kinrara hari ini."Bunyi letupan kecil mengejutkan saya daripada tidur sebelum terhidu bau benda terbakar berhampiran hujung katil saya," kata Dominic Loke Kean Fong, 27, sambil memberitahu beliau bergegas bangun dan memadamkan api dengan air."Kejadian itu berlaku tiba-tiba, dan saya tak cas pun powerbank itu, hanya letak dalam beg sejak malam semalam," katanya sebagaimana lapor Bernama.Loke berkata, kejadian yang berlaku pada awal pagi itu turut menyebabkan beberapa perabot di bilik tidur di rumahnya rosak akibat terbakar."Saya bersyukur kerana tidak meletakkan powerbank dan telefon bimbit di sebelah saya ketika tidur dan meletakkannya di hujung katil," kata Loke menerusi Facebook.Catatan Loke yang bertujuan untuk memberi amaran kepada pengguna lain itu telah menjadi viral di media sosial.Sementara itu, Timbalan Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia Dr Lee Nan Seng berkata pengguna harus mengenal pasti keaslian alat itu sebelum membelinya.Beliau berkata powerbank tiruan boleh menjurus kepada alat itu mudah meletup dan terbakar berbanding barang asli."Sesiapa yang mengalami insiden serupa perlu membuat aduan kepada pihak relevan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya. -SK

Friday 20 May 2016

Kajian Terkini: Suara Ibu Dapat Tingkatkan Kebolehan Otak Kanak-Kanak

Kajian Terbaru Dedah Betapa Hebat Efek Suara Ibu Pada Otak Kanak-Kanak



Kurang dari satu saat. Itu masa yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak untuk mengenalpasti suara ibunya.

Satu kajian dari Universiti Standford mengkaji bagaimana kanak-kanak memberi reaksi kepada suara ibu berbanding dengan suara wanita yang tidak dikenali.

Dan saintis mendapati, suara ibu bukan sahaja dikenalpasti di bahagian pemprosesan suara, malah di beberapa bahagian otak yang lain.

Bahagian otak seperti emosi, ganjaran, pengecaman wajah dan fungsi sosial juga akan 'memberi respon' apabila suara ibu kedengaran. Dengan ringkasnya, suara ibu boleh 'mengajar' sistem-sistem ini dan mempengaruhi bagaimana anak-anak berkomunikasi secara sosial.

"Banyak dari proses sosial, bahasa dan emosi dipelajari dengan mendengar suara ibu", kata pakar di Standford, Daniel Abrams yang mengetuai kajian itu.

"Tapi, hanya sedikit yang kita tahu bagaimana otak kita menyusun dirinya mendengar suara yang penting ini(suara ibu). Kita tidak sedar bahawa suara ibu boleh mempunyai akses yang begitu cepat ke banyak bahagian sistem otak", kata beliau lagi.

Di dalam kajian itu, dua dozen kanak-kanak, yang berumur 7 hingga 12 menjalani imbasan MRI ketika mendengar klip bunyi pendek dari pelbagai sumber bunyi. Beberapa klip bunyi diambil dari suara ibu mereka sendiri manakala beberapa lagi diambil dari orang yang tidak dikenali.

Menariknya, biarpun suara ibu berdurasi kurang dari satu saat, kanak-kanak boleh meneka suara ibu mereka dengan ketepatan 97 peratus.

Hasil ujian yang mendapati bahawa banyak kawasan otak yang 'memberi respon' apabila mendengar suara ibu sangat mengujakan para saintis.

"Kita tahu bahawa dengan mendengar suara ibu boleh menjadi sumber keselesaan emosi kepada kanak-kanak. Di sini kami menunjukkan hubungkaitnya secara biologi", katanya.

Reaksi otak terhadap suara ibu tidak terhad untuk kanak-kanak sahaja.

Satu kajian pada 2010 mendapati bahawa remaja yang sedang menempuh masa yang sukar akan tenang apabila mendengar suara ibu di telefon kerana perbualan itu akan membantu menurunkan hormon stress dan melepaskan oxytocin, satu 'chemical' yang boleh membuat seseorang itu merasa gembira.

Jadi jika ibu anda menelefon, pastikan panggilannya diangkat. Dengan hanya mendengar suaranya, anda akan menjadi tenang dan gembira. 



Wednesday 18 May 2016

Rezeki Saya & Awak Allah Yang Bagi – Jawapan Balas Jururawat Ini Setelah Disapa Rakan Berpangkat Tinggi

Rezeki Saya & Awak Allah Yang Bagi – Jawapan Balas Jururawat Ini Setelah Disapa Rakan Berpangkat Tinggi

nurse




Sudah tentu ramai di antara kita yang mengimpikan pekerjaan yang professional dan gaji yang lumayan setanding dengan kelayakan yang diperolehi. Namun, melihat kepada keadaan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ini menyukarkan lagi graduan mendapatkan pekerjaan seperti yang diidamkan.
Apa yang menyedihkan, menurut wanita ini masih ada di antara sesetengah individu kini yang menilai kejayaan seseorang itu berdasarkan pangkat yang disandang sehingga sanggup merendah-rendahkan pekerjaan orang lain. Geram pulak bila baca!

Nurse department mana? Hospital mana?

nurse 1

Tengok post kat fb macam doktor je

nurse 2

You staffnurse gred apa?

nurse 3

You kan ex mrsm, tak malu ke jadi nurse?

nurse 4

Dah jumpa ramai orang gred lagi tinggi tapi tak bongkak

Dah jumpa ramai orang-orang gred tinggi yg tak pernah bongkak dengan pangkat dia..
Malah lagi tinggi pangkat pun saling menghormati antara satu sama lain…
Ada lagi encik-encik PTD malahan pegawai-pegawai dalam badan berkanun pun tak macam ni..
Doktor-doktor pakar/senior MO pon tak macam ni..
Tapi encik/cik DG48 ni lain la pulakkkk…
Rasanya tak salah kalau nak post anything pasal ubat/penyakit/anatomi manusia kat own fb kottttt…
Wahai si DG48,
Kamu tahu tak…….
Nurse ni ada belajar macam-macam pasal anatomi
Belajar lagi pasal dos ubat/indikasi/kontraindikasi/route yg betul
Belajar pasal penyakit terutama symptom/rawatan malahan management..


sumber : http://www.ohbulan.com/rezeki-saya-awak-allah-yang-bagi-jawapan-balas-jururawat-ini-setelah-disapa-rakan-berpangkat-tinggi/

Tuesday 17 May 2016

SEDIH!! Kakak Luah Rasa Sedih Arwah Adiknya Maut Dilanggar ETS Dicerca Netizen

Kakak Luah Rasa Sedih Arwah Adiknya Maut Dilanggar ETS Dicerca Netizen




Jitra: Kakak kepada remaja yang maut akibat dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Megat Dewa dekat sini dua hari lalu menyatakan sedih dengan tanggapan orang ramai di media sosial yang menuduh adiknya membunuh diri, sakit mental dan mempunyai masalah sosial, laporBernama.

Menurut Hajar Yaziz, 27, sebagai seorang kakak yang paling rapat dengan adiknya, Mohd Afendy, 20, dia lebih mengenali adiknya itu di mana beliau merupakan seorang yang taat kepada agama dan tidak pernah melawan atau meninggikan suara kepada ahli keluarga,

“Sedih melihat komen netizen di Facebook cakap adik saya macam-macam sedangkan kami tahu dia macam mana.

“Dia kerap melawat saya di Sungai Petani, malah menjaga saya ketika dalam pantang. Dia tidak keluar malam, suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga ," katanya ditemui di rumah ibunya di Megat Dewa, Kodiang.

Menurut beliau, selepas tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, adiknya melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah pondok di Perlis, namun berhenti setelah setahun dan bercadang belajar pondok di Kedah.

Menurut ibu mangsa pula, Saripah Kassim, 54, bunyi ETS yang hari-hari didengar kini merupakan sesuatu bunyi yang membawa igauan ngeri kerana jarak jarak rumahnya dengan landasan tren hanya 50 meter dan dia sekeluarga boleh mendengar dengan jelas bunyi tren yang lalu antara tiga hingga empat kali sehari.

"Sebulan sebelum itu arwah ada membuat catatan di Facebook mengenai tanda-tanda 100 hari sebelum kematian," katanya menceritakan tanda-tanda pemergian arwah.

Pada petang 15 Mei lalu, Afendy yang baru selesai solat Asar telah melintas laluan tren untuk membeli roti di seberang jalan.

Namun beliau tidak sempat mengelak tren ETS dari arah Padang Besar ke Kuala Lumpur menyebabkan dia dilanggar dan cebisan mayatnya diseret sehingga satu kilometer.

Saripah berkata ketika kejadian, dia ada urusan di Padang Sera dan Afendy berada bersama seorang lagi anaknya, Nurjannah, 15, serta nenek mereka.

"Ketika kejadian, tok (nenek) dia kelam kabut terus pergi tengok dan panggil Nurjannah datang. Lepas itu panik tak tau nak buat apa, telefon Hajar di Alor Setar," katanya.

Dari pemerhatian kami, video-video kemalangan arwah dilihat sedang bermain di media sosial, ramai yang mengatakan beliau membunuh diri kerana dilihat berdiri tegak ditangah landasan ketika kejadian.

Namun penjelasan seorang pengguna Facebook ini boleh diguna pakai.


Ini kerana perkhidmatan ETS ini setahu admin berdasarkan apa yang rakan dari KTMB pernah cerita, landasan akan mengalirkan arus elektrik voltan tinggi jika tren ETS melaluinya dengan jarak 300 meter ke depan dan 300 meter ke belakang landasan, betul ke tak pihak KTMB lebih arif. -sumber: Siakapkeli.my

Monday 16 May 2016

Alhamdulillah..Bekas Pemimpin Ajaran Sesat 'Rasul Melayu' Bertaubat, Minta Pengikut Turut Berbuat Demikian

Bekas Pemimpin Ajaran Sesat 'Rasul Melayu' Bertaubat, Minta Pengikut Turut Berbuat Demikian



Hidayah itu milik Allah, bekas pemimpin ajaran sesat Abdul Kahar Ahmad yang mengaku dirinya sebagai rasul Melayu akhirnya telah melafazkan taubat dan menyatakan keinsafan, lapor Malaysiakini.

Beliau melafazkan taubatnya itu di dalam Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di mana  Kahar memohon ampun kepada Allah atas kedustaannya dan berdoa semoga dia terus beristiqamah.

“Pada hari yang penuh keberkatan ini, hamba-Mu ini memohon dan menagih keampunan-Mu ya Allah atas kedustaan yang dilakukan oleh diri ini terhadap Islam dan juga kedustaan ke atas kekasihmu, Nabi Muhammad SAW, penutup segala nabi dan rasul,” katanya.

Abdul Kahar sebelum ini telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu mendakwa sebagai rasul, terlibat dalam doktrin bertentangan syarak, melanggar arahan mufti, mempersenda Islam.

Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan supaya Kahar mengikuti program pemulihan akidah (istitatabah) selama enam bulan terakhir sebelum hukuman pemenjaraan tamat.

Kahar dalam pada itu turut memohon maaf kepada sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri dan seluruh umat Islam dan beliau menyeru pengikutnya supaya bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar selain berharap media tidak merujuknya lagi dengan istilah 'Rasul Melayu'. -

sumber: Siakapkeli.my

TERKINI!! Hadiah Hari Guru 2016-Skim Perkhidmatan Perguruan Perlu Diperbaiki Lagi Kata Zahid Hamidi

Skim Perkhidmatan Perguruan Perlu Diperbaiki Lagi – Zahid

  in Terkini

TA KINABALU – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Kementerian Pendidikan memberi perhatian serius kepada skim perkhidmatan guru sedia ada bagi memastikan skim perkhidmatan profesion itu menjadi lebih baik.
Timbalan perdana menteri berkata pemberian pelbagai bentuk pujian dan pengiktirafan kepada golongan guru melalui sambutan Hari Guru setiap tahun tidak memadai dalam menghargai sumbangan golongan pendidik.
Sebaliknya kebajikan mereka perlu diberi perhatian dengan memberi kepedulian kepada skim perkhidmatan golongan guru, katanya.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 kepada Tokoh Guru Kebangsaan 2016 Datuk Dr Ahmad Sipun
“Saya yakin dengan menteri pendidikan sekarang yang berlatar belakangkan guru, sila lakukan sesuatu yang terbaik untuk rakan-rakan guru,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-45 di kampus Universiti Malaysia Sabah di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan dua timbalannya, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan Sabah Maimunah Suhaibul.
Beliau yakin penambahbaikan skim sedia ada boleh dilakukan apabila ekonomi negara pulih kelak.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 kepada Tokoh Guru Kebangsaan 2016, Azizul Rahman Abdul Rahman
Ahmad Zahid juga menyarankan agar Kementerian Pendidikan mula melihat secara serius kurikulum silang budaya sebagai subjek di peringkat sekolah rendah dan prasekolah bagi mewujudkan persefahaman budaya, agama dan kaum yang lebih mendalam dalam kalangan pelajar berbilang kaum di negara ini.
Katanya melalui subjek silang budaya yang dididik daripada peringkat persekolahan rendah itu, semangat perpaduan sebenar dapat dipupuk dan dimantapkan dalam kalangan rakyat negara ini.
Ahmad Zahid berkata kajian indeks perpaduan yang dilaksanakan kementerian pendidikan pada tahun 2014 mendapati indeks interaksi antara guru dan pelajar berada pada tahap 6.9 yang bermaksud interaksi antara guru dan murid adalah erat namun keupayaan guru dan murid untuk menerima perbezaan kaum, budaya dan agama masih pada tahap rendah.
“Saya menyarankan kementerian pendidikan mula melihat dengan serius kurikulum silang budaya diberi fokus bagi mewujudkan perpaduan yang sebenarnya, bukan hanya dalam kelas tetapi juga di luar sekolah,” katanya.
Mengambil contoh hasil pemerhatian beliau sendiri di universiti, Ahmad Zahid berkata interaksi antara kaum, budaya dan agama di institusi pengajian tinggi masih rendah dengan setiap kaum lebih cenderung dan selesa bercampur dengan kaum masing-masing.
Beliau juga yakin melalui pelbagai transformasi dalam sistem pendidikan negara, ditambah dengan komitmen tinggi para guru, tenaga kerja mahir tempatan dapat mengisi 1.5 juta peluang pekerjaan yang akan diwujudkan di negara ini menjelang tahun 2020.
Sistem pendidikan hari ini juga mendapat pengiktirafan antarabangsa atas kejayaan Malaysia meningkatkan kadar literasi pelajar sekolah rendah kepada 99 peratus dan kemasukan ke sekolah rendah ke tahap 97.9 peratus, katanya. – BERNAMA

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


Friday 13 May 2016

Berita Viral Menyatakan Wanita Ditelan Ular di Perak PALSU - Jabatan Bomba

Viral Wanita Ditelan Ular di Perak Adalah PALSU-Bomba



IPOH, 13 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan viral kononnya seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.

Menurut pengarahnya, Datuk Yahya Madis, perkara tersebut tidak benar dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden terbabit.

"Mesej mengenai ular sawa telan manusia di Jalan Aulong, Taiping tersebut ‎adalah palsu yang pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Viral itu memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap oleh bomba selain berita yang menyatakan reptilia itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.


sumber: http://www.siakapkeli.my/2016/05/viral-wanita-ditelan-ular-di-perak.html

Wednesday 11 May 2016

PANAS!! Sila Hormat Lagu Ayda Jebat, Jangan Hanya Pandai Kritik

ayda Jebat Jawab Kritikan Lagu Single Terbaru Pencuri Hati tidak berkualiti...Sila Hormat Lagu Ayda Jebat, Jangan Hanya Pandai Kritik..

Ayda%2BJebat

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat meminta segelintir pihak agar menghormati sesuatu karya yang dihasilkan oleh setiap anak seni dan bukan hanya pandai mengkritik.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 24, berkata, sesebuah karya itu dihasilkan menerusi satu proses yang panjang bukan mudah seperti mereka sangkakan.

"Mereka (pengkritik) hanya tahu menghentam sahaja, mereka patut belajar menghormati kerja orang lain biar nanti orang lain akan respek kerja mereka pula.

"Untuk buat sesuatu lagu itu bukan mudah dan banyak pihak yang terlibat dan berkorban masa untuk menghasilkannya," ujarnya.

Ayda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir penulis blog yang menyenaraikan single keduanya Pencuri Hati sebagai lagu tidak berkualiti.

Tambah Ayda, dia tidak mengambil tahu tentang kritikan-kritikan yang hanya bertujuan melunturkan semangatnya sebagai penyanyi.

Katanya lagi, dia juga tidak berasa pendapat yang diutarakan oleh segelintir netizen di laman sosial itu mewakili pendapat semua masyarakat.

Ayda%2BJebat%2B1
Ayda Jebat tidak ambil kisah kritikan terhadap lagu terbaharunya.

"Saya tidak ambil kisah pun kerana kalau saya ambil tahu akan buat hati saya sakit sahaja. Muzik itu subjektif dan kalau mereka tidak suka ada orang lain yang suka.

"Di luar negara ramai penyanyi terkenal membawa lagu yang berbeza mengikut tren semasa dan mereka diterima ramai dengan muzik tersebut. Tidak semestinya lagu genre balada itu sahaja boleh jadi lagu terbaik dan berkualiti," ujarnya.

Lirik video lagu Pencuri Hati yang dimuat naik pada 17 Februari lalu kini mendapat lebih 4 juta tontonan di laman YouTube.

Dalam pada itu, Ayda berkata, dia bakal memulakan penggambaran untuk muzik video lagu berkenaan pada 9 Mei ini.

Sementara itu, ditemui pada malam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang berlangsung pada Sabtu lalu, Ayda yang ditewaskan oleh Aktres Mia Ahmad dalam dua kategori iaitu Aktres Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan Dnars itu berkata ia adalah adat pertandingan.

Kata Ayda, dia hadir pada majlis tersebut bukan kerana mengharap kemenangan sebaliknya menunjukkan sokongan terhadap penganjuran sesebuah majlis yang bertujuan mengangkat industri seni.

"Kalah itu adat pertandingan dan saya tidak rasa sedih atau kecewa pun, saya datang majlis ini sebab ingin beri sokongan sahaja dan bergembira," ujarnya.

Tambah Ayda, kemenangan terbesar buatnya ialah apabila peminat-peminatnya sanggup meluangkan masa untuk turut sama berada di majlis berkenaan semata-mata memberi sokongan kepadanya.

Ayda Jebat dipilih memenangi Anugerah Fesyen Glam Wanita Terhebat pada malam tersebut yang membolehkan dia membawa pulang trofi dan wang tunai RM1,888 sumbangan syarikat Doktor Kereta dari Singapura iaitu Ismail Yusof. 

Akhirnya...Hafiz Roshdi Maafkan Netizen Hina Wajah Isterinya

Hafiz Roshdi Maafkan Netizen Hina Wajah Isterinya

Hafiz%2BRoshdi%2Bsah%2Bbergelar%2Bsuami%2Bkepada%2BNurul%2BSuhada%2B1



PETALING JAYA: Pelakon Hafidz Roshdi memaafkan pengikut laman sosial yang melemparkan kata-kata kesat terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri dalam sebuah foto perkahwinan mereka yang dimuat naik di laman sosial Instagram.

Hafidz atau nama sebenarnya Mumammad Hafidz Roshdi, 22, berkata, dia dan isterinya menerima perkara tersebut dengan terbuka dan menganggap ia mengajar mereka cara untuk lebih bersabar.

"Apa yang penting saya dan isteri bahagia dan bagi mereka yang menghina wajah isteri saya, dia (Nurul Shuhada) menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih atas hinaan tersebut.

"Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, secara tidak langsung perkara ini juga mengajar erti kesabaran kepada kami," ujarnya.

Majlis%2Bperkahwinan%2Bsederhana%2Bberlangsung%2Bdi%2Bkediaman%2Bwanita%2Bitu%2Bdi%2BPerlis
Majlis perkahwinan sederhana berlangsung di kediaman wanita itu di Perlis.

Hafidz diminta mengulas tentang komen-komen negatif yang dilemparkan oleh pengikut Instagramnya yang tidak berpuas hati dengan berita perkahwinan pelakon itu pada Sabtu lalu.

Komen negatif dan biadap ditulis oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab menghina wajah isteri pelakon berkenaan dan mendoakan perkara buruk kepada rumah tangga tersebut.

Hafiz sah bergelar suami pada 30 April lalu di kediaman wanita tersebut di Perlis.

Selain itu, beberapa rakan artis seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan dan Micheal Ang turut berbalah dan menegur netizen atas sikap biadap terhadap isteri pelakon itu.

"Saya berterima kasih kepada rakan artis yang prihatin dan cuba membela saya apabila dikutuk oleh pengguna laman sosial. Tidak apalah, mereka yang kutuk itu beri pahala percuma sahaja pada saya dan isteri," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang perkahwinan yang dikatakan mengejut itu, Hafidz berkata, keluarganya sememangnya merancang untuk melaksanankan majlis secara sederhana.

Katanya, dia bakal mengundang pihak media dan rakan-rakan pada majlis di pihak lelaki yang bakal berlangsung pada Ogos atau September depan.

"Kami memang buat sederhana atas permintaan keluarga dan Insya-Allah nanti di majlis belah lelaki saya akan jemput semua rakan-rakan dan media," ujarnya. 

Panas!!Kalau Takut Dosa Jangan Main Facebook! – Respon Ekin AF3 Bila Ditegur Selfie Atas Katil

Kalau Takut Dosa Jangan Main Facebook! – Respon Ekin AF3 Bila Ditegur Selfie Atas Katil



Screen Shot 2015-05-05 at 8.48.29 PM


Selfie Tidur
Screen Shot 2015-05-05 at 12.12.54 PM
Foto yang dikongsi oleh Ekin di laman Facebook miliknya itu dipenuhi dengan komen peminat yang rata-rata menegur apa yang dilakukan Ekin. Antaranya ialah:
Screen Shot 2015-05-05 at 9.01.58 PMScreen Shot 2015-05-05 at 9.02.47 PM

Kalau Takut Dosa Jangan Main Facebook – Ekin

Screen Shot 2015-05-05 at 9.17.22 PM
Screen Shot 2015-05-05 at 9.18.44 PM
Screen Shot 2015-05-05 at 9.19.03 PM
Screen Shot 2015-05-05 at 11.29.11 PM