Thursday 30 June 2016

Tarikh lihat anak bulan Syawal 4 Julai

Tarikh lihat anak bulan Syawal 4 Julai



KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ditetapkan pada petang Isnin, 4 Julai bersamaan 29 Ramadan 1437 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini.
Menurutnya, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:
JOHOR: Pontian Kecil
MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)
NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)
SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam) PERAK: Pantai Pasir Panjang (Manjong) PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh (Pantai Acheh)
KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi), Menara Alor Setar
TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu)
KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampung Tembeling (Kuala Krai), Menara Bangunan SEDC (Kota Baharu)
SARAWAK: Tanjong Lubang (Miri), Teluk Bandung & Tanjung Batu (Kuching)
SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan)
PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Brinchang (Cameron Highlands), Bukit Pelindong (Kuantan)
LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah
KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur
PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat). - BERNAMA

Monday 27 June 2016

Ini pencapaian buat rakyat Sabah - Rahman Dahlan Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/168862




RAHMAN dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi. - Foto Mohd Fadli Hamzah

KOTA KINABALU: Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah pencapaian buat rakyat Sabah.
Ini kerana, katanya, ia adalah kali pertama seorang menteri dari Sabah dilantik menerajui Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah JPM.
Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut menyatakan rasa berbesar hati dan mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menempatkan beliau di bawah EPU.
"Saya menghargai kepercayaan dan keyakinan beliau terhadap saya. Paling utama, saya terharu kerana diberi kepercayaan mengendalikan tanggungjawab penting ini. Hari ini turut menandakan satu lagi pencapaian bagi rakyat Sabah.
"Walaupun sedih meninggalkan KPKT selepas tiga tahun, saya teruja untuk memberi sumbangan terbaik kepada EPU supaya dapat meneruskan kecemerlangan ditinggalkan barisan menteri ekonomi terdahulu.
"EPU berperanan penting membentuk pembangunan sosial dan ekonomi negara, malah fungsinya begitu meluas. Tambahan pula, saya yakin isu ekonomi akan memainkan peranan utama dalam menentukan undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang," katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, ini adalah masanya untuk menarik perhatian rakyat Malaysia supaya lebih berminat terhadap isu ekonomi negara menerusi bahasa lebih mesra dan mudah difahami.
"Saya bersedia memulakan pelaksanaan program bagi mendekatkan EPU dengan rakyat, program yang membuatkan EPU lebih difahami dan dihargai masyarakat.
"Institusi penting ini tidak boleh kekal berada dalam genggaman eksklusif pakar ekonomi, ahli perniagaan dan pembuat dasar.
"Kita mesti berusaha keras menjelaskan isu penting menerusi cara lebih mudah dalam usaha merapatkan EPU dengan rakyat.
"Dengan cara ini, saya yakin kita berupaya membantu rakyat dalam cakupan lebih luas bagi memahami cabaran ekonomi yang penuh dinamik.
"Apabila rakyat mula memahami dan menyelami denyut nadi EPU, dengan sendirinya usaha ke arah menggerakkan mereka memanfaatkan dasar dalam menangani cabaran dihadapi negara, menjadi lebih mudah," katanya.

Krisis Air Kota Belud satu tindakan sabotaj??

Masalah Air di Kota Belud sudah sampai ke Kemuncak



Image result for masalah air kota belud

Image result for masalah air kota belud





Image result for masalah air kota belud 

Menurut Dato Rahman, sewaktu kemuncak krisis dia balik ke KK dan sebaik tiba dia panggil DO dan Jurutera Air Kota Belud di rumah Datuk Musbah.
“Saya panggil jurutera air Kota Belud tapi dia enggan hadir dengan beri macam2 alasan. Saya terkejut ketika dalam krisis orang yang sepatutnya bertanggungjawab mengelak untuk bincang perkara itu. Saya bercakap sendiri dengannya. Saya betul2 tidak faham kenapa dia berbuat begitu. Saya terpaksa panggil Pengarah Jabatan Air Sabah (JAS), Saudara Awang Tahir.”

Apa yg mengejutkan MP Kota Belud bila Pengarah Jabatan Air mendedahkan semua maklumat yg disampaikan oleh Jurutera Air Kota Belud ke ibu pejabat tentang masalah air Kota Belud adalah tidak tepat. Dalam erti kata lain, tidak memberi laporan keadaan sebenar.
“Saya juga membawa krisis air Kota Belud dalam mesyuarat kabinet. Saya yg bercakap dan PM telah meluluskan bajet khas kecemasan yg di salurkan melalui KKLW untuk menebuk air dari dalam tanah. Tapi jabatan air melengah2kan projek itu dengan melaksananya mengikut prosedur biasa dengan melantik consultant. Berapa lama laporan consultant? setahun? Ini krisis? Ini projek emergency? Saya tidak faham.”

sumber berita: http://suarasabah.com/krisis-air-kota-belud-tindakan-atau-sabotaj/

Sunday 26 June 2016

Terkini: Pesawat Charlie TUDM Dipintas 2 Jet Pejuang Indonesia

Terkini: Pesawat Charlie TUDM Dipintas 2 Jet Pejuang Indonesia

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai insiden sebuah pesawat Charlie C130 milik TUDM dipintas oleh dua jet pejuang Indonesia dalam ruang udara berhampiran Pulau Natuna hari ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pesawat itu dipintas dalam penerbangan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Laluan.
"Kita ada menerima laporan berhubung kes berkenaan tapi maklumat lengkap secara sahih belum diperoleh.
"Kita akan meneliti laporan ini memandangkan belum mendapat maklumat lengkap mengenai kes ini," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Kata beliau lagi, insiden seumpama itu sering berlaku di negara lain dan ia bergantung kepada hubungan dua hala negara itu untuk menyelesaikannya.
Katanya, beliau mempunyai hubungan erat dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Riacudu dan sekiranya berlaku insiden antara Indonesia dan Malaysia ia biasanya diselesaikan secara diplomasi.

"Bila sebut Indonesia, saya tak risau kerana kebiasaannya ia dapat diselesaikan dengan baik. Saya berharap media bertanggungjawab dalam membuat laporan supaya tidak mencetuskan emosi kedua-dua negara berjiran," katanya. -

Friday 24 June 2016

Akibat Membuat Rawatan Bekam Lelaki ini Menderita Selama Sebulan...tak sanggup tengok...

Akibat Membuat Rawatan Bekam Lelaki ini Menderita Selama Sebulan...tak sanggup tengok...


China, 23 Jun
 
Akibat menjalani rawatan bekam setiap hari selama sebulan, seorang lelaki berusia 63 tahun dari Sichuan, Li Lin, yang menjalani rawatan bekam selama sebulan terpaksa menanggung derita apabila kesan bekam itu memburuk - dan ia boleh dilihat dari 7 parut besar di belakangnya.

Lelaki yang menderita akibat kolestrol tinggi, sakit bahu, dan beberapa penyakit lain itu pada mulanya hanya berhenti untuk berbekam di sebuah kedai urut di Chengdu pada Mei untuk rawatan bekam selama satu jam. Namun apabila dia merasa lehernya sakit, dia kembali untuk berbekam semula.

Li Lin berkata : "Pekerja di pusat rawatan itu menasihati saya untuk terus mengambil rawatan bekam selama sebulan untuk menyebuhkan sakit bahu saya".

Menurut Li Lin, cawan bekam diletakkan pada tempat yang sama setiap kali rawatan.

Biarpun 7 kesan parut sudah pun kelihatan selepas 10 hari rawatan, lelaki itu berdegil untuk menyudahkan rawatan sebulan itu dengan penuh.

Pada 20 Jun, selepas selesai rawatan selama sebulan itu, dia merasa sesuatu yang ganjil pada badannya dan mengalami demam panas. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dimana doktor mendapati suhu badannya mencecah 37.7 darjah celcius.

Apabila diperiksa, doktor terkejut apabila mendapat terdapat 7 parut besar di belakangnya.

Parut-parut itu telah memburuk dan terkena jangkitan kuman. Sekiranya tidak segera ke hospital, dia berkemungkinan akan mengalami sepsis.



Ahli medik berkata berbekam sepatutnya tidak dilakukan di kawasan yang sama kerana ia boleh menyebabkan kulit terbakar dan jangkitan.

Netizen di Weibo (laman Facebook versi China) mengecam kedai itu kerana mengelirukan pelanggannya.

"Tak rasa sakit ke? Bagaimana dia boleh terus menerus pergi rawatan bekam tu", tanya seorang netizen.

"Kedai itu sangat tidak bertanggungjawab kerana mencadangkan dia mengambil rawatan bekam setiap hari", tulis netizen lain. 

Wednesday 22 June 2016

Murid Tahun Dua Yang Dilaporkan Hilang Sebenarnya Tak Hilang...



Murid Tahun Dua Yang Dilaporkan Hilang Sudah Ditemui




Dungun, 21 Jun: Murid tahun dua yang dilaporkan hilang selepas tamat sesi persekolahan ditemui selamat di rumah rakannya di Taman Rakyat, Dungun pada jam 7 petang tadi.

Menurut ibu murid tersebut, anaknya itu dikatakan mengikut rakan sekelasnya pulang ke rumah sehingga ibu rakannya itu mengetahui tentang kisah kehilangan Adriana tersebar di media sosial.

"Ibu rakannya menghubungi saya sebelum bergegas ke rumahnya.

"Alhamdulillah saya bersyukur Adriana selamat dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anak saya,"katanya.

Kehilangan Adriana mula disedari ibunya ketika dia pergi mengambil anaknya itu di Sekolah Kebangsaan Batu 48 kira-kira jam 1.30 petang tadi. 

Ketua Pengarah Kesihatan Kritik Posting FB Seorang Imam Muda Berkenaan Isu Vaksin

Ketua Pengarah Kesihatan Kritik Posting FB Seorang Imam Muda Berkenaan Isu Vaksin


22 Jun - Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, mengkritik satu posting Facebook oleh seorang Imam Muda yang berkaitan dengan isu vaksin baru-baru ini.

Sebelum ini, Imam Muda tersebut memuat naik satu posting facebook yang mencetuskan kemarahan dan dikritik hebat oleh netizen.


Susulan posting itu, Noor Hisham mengeluarkan satu kenyataan yang mengkritik posting terbabit dengan menyifatkan kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seseorang yang menggelar dirinya Imam Muda.


Posting oleh Noor Hisham itu dikongsi lebih dari 1,000 kali sejak ia dimuat naik dua jam lepas.

Difahamkan juga, Imam Muda itu telah memadamkan posting yang mendapat kritikan itu dan memuat naik satu posting baru bagi menjelaskan perkara tersebut.


Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Melaka kerana dijangkiti virus Difteria. 

Pasaraya terkenal nafi jual daun Ketum secara terbuka!! lihat selanjutnya disini..

Bukan Ketum, Tapi Ketumbar!!




JEMPOL 22 JUN - Polis hari ini ini menafikan bahawa sebuah pasar raya di daerah ini menjual ketum secara terbuka.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan di premis terbabit hari ini dan dakwaan itu timbul ekoran berlaku kesilapan ejaan pada label barang.

Hasil pemeriksaan mendapati pasar raya itu menjual daun ketumbar tetapi dilabel sebagai daun ketum pada bungkusannya.

Ini hanya kesilapan ejaan dan tiada barang terlarang dijual di premis tersebut,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Gambar pelekat pada bungkusan daun berwarna hijau yang menjadi viral itu memaparkan tulisan ‘daun ketum’ seberat 0.08 kilogram dijual dengan harga RM2.65. - 
sumber: SK.com

Tuesday 21 June 2016

Sanggup Terbang ke Thailand Untuk Bertemu Kekasih Facebook Namun Kecewa Setelah Tahu Rupa-Rupanya..

Sanggup Terbang ke Thailand Untuk Bertemu Kekasih Facebook Namun Kecewa Setelah Tahu Rupa-Rupanya..



Thailand - Seorang lelaki China sanggup terbang ke Pattaya, Thailand untuk bertemu dengan kekasih yang dikenalinya menerusi Facebook namun kecewa apabila mendapati rupa-rupanya kekasihnya itu bukanlah seorang perempuan seperti yang disangka-sangka tetapi lelaki.

Lelaki yang dikenali sebagai Hsiao Shun-Wen, 32, berkongsi kisah peritnya itu di Facebook dengan berkata dia mula menyedari perkara itu selepas bertemu secara berdepan dengannya dan perkara itu menyebabkan mereka berdua bergaduh.

Kekasihnya itu dikatakan menumbuk mukanya sebelum menghilangkan diri.

Polis kemudian bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan tentang seorang pelancong dari China dikasari di hadapan Bella Villa Hotel di Soi 4, Pattaya. -



sumber: SK. com