Sunday, 23 August 2015

AKHIRNYA ZIZAN & EMMA JAWAB ISU BERSEKEDUDUKAN

Kalau sebelum ini menerusi satu laporan sebuah portal hiburan, pelakon dan pelawak Zizan Razak meluahkan rasa bingung ekoran kontroversi terbaru mengaitkan dirinya yang timbul sejak minggu lalu - dia didakwa tinggal serumah dengan pelakon cantik Emma Maembong.

Bertemu pemenang Top Top Meletop Anugerah Meletop Era (AME) sewaktu di malam anugerah tersebut, Zizan berkata dia terkejut dengan berita itu. Begitupun Zizan mengakui Emma pernah beberapa kali ke rumahnya tetapi ketika ibu bapanya ada di rumah. 
"Saya kenal jiran saya. Saya mesra dengan jiran-jiran saya dan saya rasa mereka sanggup buat macam tu. Saya akui Emma bukan tak pernah datang rumah saya, pernah. Tapi dia datang sewaktu ibu dan abah saya ada di rumah saya, semasa mereka tak ada, Emma tak datang. 

"Lagipun saya tak tinggal berseorangan. Saya tinggal bersama pengurus peribadi dan abang saya. Saya pun pernah datang ke rumah Emma dan berjumpa keluarganya", kata Zizan Razak ketika ditemui di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu. 

Zizan berkata demikian ketika diminta menulas mengenai sepucuk surat dari seorang individu yang mengakui dirinya adalah jiran pelakon Hantu Bonceng ini. Individu itu menulis bahwa dia sering melihat Emma datang ke rumah Zizan. 

Emma Akui Sering Ke Rumah Zizan 


Emma mengaku memang sering ke rumah Zizan tetapi mereka tidak berdua-duaan di rumah kerana Zizan tinggal bersama abang dan PA’nya. Malah tambah Emma, jika ada sebarang majlis yang perlu untuk mereka datang bersama, Emma mengaku memang singgah ke rumah Zizan untuk bergerak sekali. 

“Mungkin mereka nampak Emma masuk kat dalam tapi tak tahu siapa ada di dalam. Padahal ibu bapa Zizan ada. Macam mana mereka boleh tahu dalam rumah ada berapa orang? Emma tak marah, mungkin orang ramai sebenarnya nak tahu apa status kami. Saya mengaku saya rapat dengan Zizan. Cuma sekarang ni kalau ada jodoh, InsyaAllah” 

“Nak kata saya kerap ke rumah dia tidaklah. If ada event sama-sama, then saya akan ke rumah bergerak sekali and jumpa dengan mak dia jugak. Tapi kalau tiada apa kena mengena, saya tak ke rumah Zizan. Sebab mak Zizan jarang-jarang ada di KL” 

Akui Terkilan, Ayah Marah Bila Dengar Gossip 

Emma akui terkilan & sedih dengan gossip yang bertebaran mengenai dirinya dan Zizan. Belum reda gossip dia dan Zizan bercumbuan, terbit pula gossip mereka bersekedudukan. Namun jelas Emma, keluarga lebih kenal dirinya berbanding orang luar. Malah ayah Emma cuma tergelak bila membaca gossip anaknya bersama Zizan. 

No comments:

Post a Comment