Wednesday, 24 February 2016
Tuesday, 23 February 2016
Terkini: Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) – Terbuka 2016
1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel sokongan (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel sokongan (Lelaki/Wanita)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iklan jawatan kosong PDRM dan memohon secara online, sila klik di sini.
Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secaraonline melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), www.spa.gov.my mulai 20 Mac 2012.
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk pautan : Skim Perkhidmatan PDRM.
Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan ini : http://www.spa.gov.my/
*Maklumat lanjut, hubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)
JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN KERJA RAYA MAC 2016, 110 KEKOSONGAN
Jawatan Kosong SPA, 110 Kekosongan (04 Mac 2016)
Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) seperti berikut:-Kementerian Kerja Raya Malaysia
1. Pembantu Kemahiran H17 (100 Kekosongan)
2. Penjaga Jentera Elektrik J17 (10 Kekosongan)
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN ONLINE
* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini () |
Sebarang pertanyaan:-
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 Putrajaya, Malaysia.
Telefon:+603 8885 6000
Faks:+603 8888 5036
Email:webmaster[at]spa.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan:- 04 Mac 2016
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 Putrajaya, Malaysia.
Telefon:+603 8885 6000
Faks:+603 8888 5036
Email:webmaster[at]spa.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan:- 04 Mac 2016
Sumber: Jawatan Kosong SPA, 110 Kekosongan (04 Mac 2016) - JAWATAN KOSONG KERAJAAN DAN SWASTA 2016 | 2017
Tarian poco-poco peserta Malaysia gamatkan The Voice UK
SESI uji bakat rancangan realiti nyanyian The Voice UK musim terbaharu digamatkan dengan peserta Malaysia yang menampilkan aksi istimewa selepas selesai menyanyi.
Jeffri Ramli, 35, yang menetap di Newcastle memilih lagu Valerie dendangan Amy Winehouse untuk dipersembahkan kepada para juri merangkap jurulatih.
Walaupun gagal menarik perhatian sebarang jurulatih untuk memilihnya, Jeffri tetap berjaya menghiburkan mereka dengan tarian poco-poco yang pada awalnya dicadangkan oleh salah seorang juri, will.i.am yang juga merupakan penerbit terkemuka dunia dan salah seorang anggota kumpulan Black Eyed Peas.
“Adakah anda tahu tarian tradisional Malaysia yang ini?” soal will.i.am sambil menggayakan tarian poco-poco.
Jeffri mengenal pasti tarian tersebut dan mengajak semua juri menari bersamanya di pentas.
Bagaimanapun, Jeffri sempat memberitahu bahawa tarian itu berasal dari Indonesia.
Video ujibakat Jeffri dikongsi di Facebook dan setakat ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan.
Selain will.i.am, The Voice UK musim kelima menampilkan vokalis Kaiser Chiefs Ricky Wilson, penyanyi soul Paloma Faith, dan lagenda pop Boy George sebagai jurulatih.
Jeffri Ramli, 35, yang menetap di Newcastle memilih lagu Valerie dendangan Amy Winehouse untuk dipersembahkan kepada para juri merangkap jurulatih.
Walaupun gagal menarik perhatian sebarang jurulatih untuk memilihnya, Jeffri tetap berjaya menghiburkan mereka dengan tarian poco-poco yang pada awalnya dicadangkan oleh salah seorang juri, will.i.am yang juga merupakan penerbit terkemuka dunia dan salah seorang anggota kumpulan Black Eyed Peas.
“Adakah anda tahu tarian tradisional Malaysia yang ini?” soal will.i.am sambil menggayakan tarian poco-poco.
Jeffri mengenal pasti tarian tersebut dan mengajak semua juri menari bersamanya di pentas.
Bagaimanapun, Jeffri sempat memberitahu bahawa tarian itu berasal dari Indonesia.
Video ujibakat Jeffri dikongsi di Facebook dan setakat ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan.
Thursday, 11 February 2016
"Empat Tahun Kubelai, Rupanya Bukan Darah Daging Aku," - Suami Malang
Selama empat tahun dibelai dan akhirnya sungguh mendukacitakan apabila mengetahui anak yang dibelai selama ini bukanlah anak sendiri, itulah nasib yang menimpa seorang bapa apabila menyangka anak bongsu yang dijaga dengan penuh kasih sayang bukanlah daripada darah dagingnya.
Apa yang lebih memeritkan anak berkenaan adalah hasil hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain yang disembunyikan selama empat tahun.
Semuanya terbukti selepas ujian DNA dilakukan yang dilakukan terhadap anak ketiganya itu berusia empat tahun menunjukkan 99.9 peratus sama dengan kekasih gelap isterinya.
Memetik laporan Sinar Harian, wartawan SARINAH MAT KASIM telah menemu bual Amirul di Seremban
Mengimbau kembali kejadian yang menimpanya, Amirul berkata, semuanya bermula pada 2010 apabila dia sering mendengar orang bercerita mengenai isterinya (yang kini bekas isteri) dikenali sebagai Rafidah (nama samaran) mempunyai hubungan sulit dengan rakan sepejabat berstatus suami orang.
Bagaimanapun, katanya, pada mulanya dia menganggap ia hanya 'cakap-cakap orang' dan tidak mempedulikannya.
Sehinggalah pada suatu hari, isteri kepada kekasih gelap Rafidah datang ke rumahnya di Seremban memberitahu mengenai hubungan sulit kedua-duanya.
“Saya terkejut mendengar berita itu, apatah lagi isteri lelaki itu yang datang sendiri berjumpa saya.
“Bagi mendapatkan penjelasan, saya bertanyakan sendiri kepada isteri. Akhirnya dia mengaku memang ada skandal dengan lelaki itu," katanya.
Menurutnya, disebabkan tidak sanggup menerima berita berkenaan, dia akhirnya menceraikan Rafidah dengan talak satu di hadapan ibu dan mentuanya pada Julai 2010.
"Saya buat begitu sebab sikapnya yang tidak pernah berubah walau pun sudah diberi peluang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, dalam tempoh penceraian itu, Amirul turut memberi peluang kepada bekas isterinya untuk berubah dan menginsafi diri demi masa depan anak.
Atas kesepakatan itu, katanya, mereka merujuk kembali pada November 2010 dan hidup bahagia memandangkan pada waktu itu isterinya hamil tiga bulan.
Cerai kali kedua
Bagaimanapun, kebahagiaan itu tidak lama, selepas rujuk kembali, isterinya berubah hanya seketika.
Menurutnya, pada November 2013, melalui rakan-rakan pejabatnya, Amirul dimaklumkan isterinya mula menjalin hubungan semula dengan kekasih lamanya sejak mereka dipindahkan ke pejabat sama di Rembau.
“Mereka yang merupakan penjawat awam di pejabat yang sama, tidak segan silu berkongsi kemesraan melalui laman sosial bersama teman-teman lain. Bahkan bersikap berani sehingga ke bilik tidur, walau pun kedua-duanya telah berkeluarga.
“Saya ambil keputusan menceraikannya buat kali kedua, sebelum mengetahui dia pernah ditangkap khalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel di Jempol," katanya.
Setelah berpisah, katanya, bekas isterinya bersetuju memberi dua orang anak dan hak penjagaan kepada Amirul, kecuali anak bongsu.
Menurutnya, dia kemudian mengesyaki ada tidak kena apabila abangnya menegur rupa paras anak bongsunya dengan adik beradik lain nampak tidak sama, malah jauh berbeza dari segi kulit dan gaya rambut.
Amirul berkata, setelah diteliti, paras rupa anak bongsunya mirip dengan anak keluarga lelaki kekasih gelap isterinya itu sehinggalah keputusan DNA keluar, barulah Amirul tahu anak itu sebenarnya bukan anaknya.
“Setelah empat tahun saya menjaganya, memberi kasih sayang dan menjaga sepanjang tempoh berpantang, ini balasan diterima.
“Saya tak pernah menyangka, hubungan mereka terlalu jauh sehingga melibatkan anak. Kini saya telah failkan ke mahkamah syariah bagi menentukan nasib anak itu yang selama ini ber'bin'kan nama saya,” katanya.
Amirul berkata, dia menceritakan kisah ini bagi memberi teladan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menjaga tingkah laku pasangan masing-masing. - Sinar Harian.
Alfatihah!! Lelaki Pernah Jadi Viral Mengamuk Di JPJ Sebelum Ini, Maut Ditembak Awal Pagi tadi
GEORGE TOWN: Seorang pengusaha nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kereta maut apabila ditembak di Jalan Dato Keramat, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi, lapor Astro Awani.
Mangsa, Syed Amen Jainul Abidin, 46, dipercayai ditambak daripada jarak dekat di dalam kereta kereta Mercedes Benz miliknya ketika berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah maut serta merta selepas terkena lima das tembakan di kepala dan badannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, suspek juga melepaskan sedas tembakan ke arah dua orang anggota RELA yang mengawal premis tersebut, namun tidak mengenai mereka.
Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan juga sedang dikenalpasti.
Hasil semakan, Syed Amen amin sebelum ini pernah menjadi viral di laman sosial apabila beliau dipercayai mengamuk di pejabat JPJ dan sedang menanti perbicaraan berhubung kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November lalu. - Siakapkeli.my
Monday, 8 February 2016
VIRAL: Dulu Kakitangan MAS, Sekarang Pemandu Teksi - Kisah Bapa Ini Jadi Viral
Rezeki itu milik Tuhan. Tidak kira dimana kita berada atau apa pekerjaan kita, selagi ada usaha selagi itu pintu rezeki sentiasa terbuka.
Itu pengajaran yang boleh diperoleh dari kisah seorang bapa yang telah diberhentikan perkhidmatannya dari sebuah syarikat penerbangan, namun ia tidak menjadi penghalang untuknya mencari rezeki dengan cara lain buat keluarganya.
Zullifan Che Din baru sahaja memulakan tugasnya sebagai pemandu teksi beberapa hari yang lalu.
Difahamkan, sebelum ini dia adalah seorang kru penerbangan.
Kisah Zullifan diviralkan oleh anaknya, Mohd Zulhelmi di akaun Facebooknya sebagai satu inisiatif untuk membantu bapanya mendapat lebih ramai penumpang.
Empat hari bekerja sebagai pemandu teksi, kisah kecekalan Zullifan kini telah tersebar secara meluas di laman sosial sekaligus menjadikan orang ramai yang mengetahui kisah ini kagum.
Lebih mengujakan, Zulhelmi turut memberikan 'kupon' kepada orang yang membaca kisah ini untuk mendapat potongan sekiranya menaiki teksi dengan bapanya.
"Kalau guna promo code "ELMI HANDSOME", Abah kata harga dekat meter dikurangkan sikit ikut budi bicara Abah waktu itu.", tulis Zulhelmi.
Status di akaun Facebook Zulhelmi telah menerima lebih 3,000 perkongsian dengan lebih 21 ribu likes.
Perkongsian dari akaun Facebook Zulhelmi :
Lepas hampir setahun diberhentikan MAS, dua hari lepas Abah mulakan kerjaya baru sebagai pemandu teksi.
Kalau ada siapa-siapa yang duduk area Nilai/Sepang atau sewaktu dengannya memerlukan teksi yang pemandu dia layan macam dalam flight MAS, boleh booking siap-siap dekat booking agent Abah, 0122710040 (aku).
Kalau guna promo code "ELMI HANDSOME", Abah kata harga dekat meter dikurangkan sikit ikut budi bicara Abah waktu itu.
P/S: Abah taknak bawak Uber. Jangan tanya kenapa.
(7 Gambar) Gempa Taiwan : Polis Siasat Tin Kosong Diguna Sebagai Bahan Binaan Bangunan
TAIWAN - Pihak polis Taiwan kini sedang membuat siasatan selepas tin-tin kosong ditemui di sebalik dinding bangunan yang runtuh akibat gempa bumi di Taiwan baru-baru ini.
Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di Dailymail, kelihatan tin-tin cat digunakan sebagai perantaraan di sebalik dinding pangsapuri tersebut.
Selain dari tin cat, portal Shanghaist pula melaporkan turut kelihatan tin minyak masak digunakan untuk tujuan sama.
Bagaimanapun, pihak kerajaan berkata bangunan itu telah dibina secara sah dan mempunyai permit.
Pada Sabtu lalu, satu gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Ricther melanda Taiwan menyebabkan bangunan pangsapuri 17 tingkat itu roboh.
Sehingga semalam, seramai 126 penduduk pangsapuri itu masih hilang manakala 103 lagi masih terperangkap di sebalik runtuhan.
Seramai 200 mangsa termasuk 41 kanak-kanak sudah berjaya dikeluarkan.
Menurut Datuk Bandar, William Lai, lebih 300 orang awam berada di dalam pangsapuri tersebut kerana menyambut perayaan Tahun Baru Cina. -Siakapkeli.my
Jawatan TERKINI : JAWATAN Kosong Sebagai Kerani Operasi di Pos Malaysia Berhad - 27 Februari 2016
Jawatan kosong terkini di Pos Malaysia Berhad Februari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Pos Malaysia Berhad sebagai :
1. KERANI OPERASI (30 KEKOSONGAN)
Tarikh tutup permohonan pada 27 Februari 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Berkanun / Swasta
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan dan juga panduan seperti dibawah.
1. Sila ke laman jobsmalaysia, sila klik sini
2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : Pos Malaysia Berhad (dan search).
sumber: myjobelist.blogspot.com
1,646 Kekosongan Jawatan Kosong di Jabatan Imigresen Malaysia - Tahun 2016
Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Imigresen Malaysia (IMI) 2016.
KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,646 kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen akan diisi secara berperingkat mulai awal tahun depan.
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, 484 calon bagi jawatan gred KP17 dan 70 calon gred KP27 dijangka melapor diri pada Februari depan.
Beliau berkata, sehingga kini hanya 12,774 jawatan telah diisi manakala Jabatan Imigresen sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mengadakan sesi temuduga bagi mengisi baki kekosongan jawatan.
"Pengambilan ini dapat mengisi kekosongan jawatan di seluruh negara khususnya di Johor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan sambutan Hari Imigresen 2015 peringkat Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Halim berharap kerajaan dapat meluluskan permohonan insentif penguatkuasaan RM200 sebulan melibatkan peruntukan sebanyak RM30.4 juta. - Sumber Bernama
CARA MEMOHON
Bagi individu-individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Imigresen adalah disarankan untuk memohon sekarang di laman Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sila ikuti arahan dan panduan seperti dibawah untuk memohon.
Syarat dan Kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP17
Syarat dan Kelayakan Penolong Penguasa Imigresen / Penguasa Imigresen KP27-KP54
Permohonan Jawatan Secara Online Disini
KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,646 kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen akan diisi secara berperingkat mulai awal tahun depan.
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, 484 calon bagi jawatan gred KP17 dan 70 calon gred KP27 dijangka melapor diri pada Februari depan.
Beliau berkata, sehingga kini hanya 12,774 jawatan telah diisi manakala Jabatan Imigresen sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mengadakan sesi temuduga bagi mengisi baki kekosongan jawatan.
"Pengambilan ini dapat mengisi kekosongan jawatan di seluruh negara khususnya di Johor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan sambutan Hari Imigresen 2015 peringkat Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Halim berharap kerajaan dapat meluluskan permohonan insentif penguatkuasaan RM200 sebulan melibatkan peruntukan sebanyak RM30.4 juta. - Sumber Bernama
CARA MEMOHON
Bagi individu-individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Imigresen adalah disarankan untuk memohon sekarang di laman Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sila ikuti arahan dan panduan seperti dibawah untuk memohon.
Syarat dan Kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP17
Syarat dan Kelayakan Penolong Penguasa Imigresen / Penguasa Imigresen KP27-KP54
Permohonan Jawatan Secara Online Disini
Subscribe to:
Posts (Atom)