Jeffri Ramli, 35, yang menetap di Newcastle memilih lagu Valerie dendangan Amy Winehouse untuk dipersembahkan kepada para juri merangkap jurulatih.
Walaupun gagal menarik perhatian sebarang jurulatih untuk memilihnya, Jeffri tetap berjaya menghiburkan mereka dengan tarian poco-poco yang pada awalnya dicadangkan oleh salah seorang juri, will.i.am yang juga merupakan penerbit terkemuka dunia dan salah seorang anggota kumpulan Black Eyed Peas.
“Adakah anda tahu tarian tradisional Malaysia yang ini?” soal will.i.am sambil menggayakan tarian poco-poco.
Jeffri mengenal pasti tarian tersebut dan mengajak semua juri menari bersamanya di pentas.
Bagaimanapun, Jeffri sempat memberitahu bahawa tarian itu berasal dari Indonesia.
Video ujibakat Jeffri dikongsi di Facebook dan setakat ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan.
No comments:
Post a Comment