Ingat balik…pada 23 Jun,2014, Saiful Bukhari Azlan telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya.
Waktu itu kes liwatnya masih sedang dibicarakan di mahkamah.
Pada 10 Februari 2015 ,Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas bosnya itu kerana bersalah meliwatnya.
Dalam samannya Saiful menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.
Beliau mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.
Saiful mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih,Kuala Lumpuri.
Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.
Sehubungan itu, Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Pagi Isnin,hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pengurusan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Namun peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu Persuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan di kamarnya bahwa anak guamnya hendak tarik balik saman itu. – agendadaily.com
No comments:
Post a Comment