Monday, 28 December 2015

AKHIRNYA TERJAWAB PUNCA SEBENAR REMAJA YANG MATI DITIKAM SEMASA BERSILAT DIKENAL PASTI


Screenshot_1.png

LABUAN 20 Dis. – – Seorang pesilat remaja maut selepas terkena tikaman keris secara tidak sengaja oleh rakannya ketika membuat pertunjukan dalam kenduri perkahwinan di Kampung Patau-Patau Satu, di sini semalam.
image.jpg
Mohd. Amil Zulqarnain
Kejadian malang yang menimpa mangsa, Mohd. Amil Zulqarnain Jafar, 17, berlaku kira-kira 11.30 pagi apabila keris yang dipegang rakan pesilatnya tertusuk di dada.
Difahamkan, rakan pesilat mangsa itu adalah sepupunya.
Bapa mangsa, Jafar Bugal berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari.
Katanya, ketika kejadian, beliau yang bertugas sebagai Pegawai Bomba Kanan Dua, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan sedang dalam operasi menyelamat mangsa banjir.
Saya cukup terkejut apabila menerima perkhabaran ini sebelum bergegas ke Hospital Labuan untuk melihat keadaan mangsa, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jafar berkata, mangsa yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu memang meminati aktiviti seni mempertahankan diri sejak berusia 13 tahun lagi.
Katanya, Mohd. Amil Zulqarnain bersama rakan-rakan yang merupakan ahli Persatuan Seni Silat Gayung Kompleks Sukan Labuan sering diundang membuat persembahan silat dalam majlis-majlis tertentu termasuk kenduri perkahwinan.
Walaupun reda dengan pemergian arwah, kami sekeluarga sedikit terkilan apabila persembahan Mohd. Amil Zulqarnain bersama rakannya semalam menggunakan keris sebenar.
Selama ini, setiap kali persembahan mereka tidak menggunakan keris sebenar. Namun, saya akan bertanya jurulatih mereka mengapa keputusan itu (menggunakan keris) dibuat, katanya.
Jelas Jafar, bedah siasat sedang dilakukan di Hospital Labuan dan mayat anak kesayangannya itu akan dibawa ke Surau Kampung Sungai Bangat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Bangat, di sini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintenden Mohd. Ibrahim Mohd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan mangsa dikatakan meninggal dunia di Hospital Labuan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment