Sunday, 10 July 2016
Pendakwaan Guan Eng keadilan setimpal - Khir Toyo
Portugal juara Euro 2016
PENYERANG Portugal, Eder (kiri) merembat lalu membolosi gawang Perancis pada perlawanan final Euro 2016, sebentar tadi. - Foto EPA
Terkini : 4 parah kereta jatuh gaung di Jalan KB-Ranau Bypass
4 sekeluarga parah kereta jatuh gaung
ORANG ramai turut membantu mengangkat salah seorang mangsa selepas kereta yang dinaiki bersama enam yang lain
KOTA BELUD: Tujuh orang termasuk empat mangsa parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Bypass Kota Belud-Ranau berhampiran Kampung Taginambur, di sini petang tadi.
Tragedi: 1 parah, 6 selamat kereta terbalik
KENDERAAN jenis Toyota Avanza terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kionsom Bambangan Baru, Inanam, pagi tadi. – Foto Ihsan Bomba
KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah, enam yang lain termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kionsom Bambangan Baru, Inanam, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa parah dikenali sebagai Mohd Alif Jasni, 20, manakala dua bayi perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan yang tidak cedera masing-masing berusia satu bulan, empat bulan serta dua tahun. Tiga lagi penumpang kenderaan jenis Toyota Avanza adalah berusia antara 13 hingga 49 tahun yang mendapat cedera ringan. Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata kenderaan itu dinaiki 10 penumpang, termasuk pemandu. “Penumpang kereta membabitkan tujuh perempuan termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak serta tiga lelaki. “Difahamkan, kenderaan berkenaan terbabas dan semua mangsa dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BH Online
Saturday, 9 July 2016
'Duit Raya' Bukan Rasuah - Ismail Sabri
Akim Batal Hajat Tunai Umrah Demi Sambut Raya Pertama Bersama Stacy
Bersama Stacy
TIPS: Khasiat Buah Nanas 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Daripada Ubat Batuk Biasa, Sila Sebarkan!!
TIPS: Khasiat Buah Nanas 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Daripada Ubat Batuk Biasa, Sila Sebarkan!!
Bagi mereka yang mahu menggunakan ubat batuk bebas bahan kimia atau ubatan moden, ubat batuk yang dibeli di kedai dipercayai menggunakan bahan tradisional pun kita tidak tahu adakah ianya 100% bahan tradisional bebas kimia, jadi alangkah baiknya jika kita hasilkan sendiri ubat batuk di rumah yang sudah pasti bebas dari bahan kimia.
Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Norashikin Bt Hasan di mana beliau berkongsikan cara-cara untuk menghasilkan ubat batuk organik menggunakan buah Nanas.
Jom kita baca perkongsian dan cara-cara menghasilkan ubat batuk berkenaan.
Ada 3 jenis nenas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nenas madu, nenas sarawak/paun dan nenas moris. Boleh guna mana-mana jenis nenas. Saya guna nenas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara
1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.
2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. :-) saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. :-) Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bhgn tengah dan join sekali dlm blender.
3. Blend sampai halus. Tapis.
Ini hasilnya.'
4. Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh.
5. Masukkan dalam botol yg kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye'
6. Siap dimasukkan dlm botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot2 anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.
7. Guna picagari utk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kpd anak.
8. Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah mcm dalam gambar. Untuk kanak2 boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.
Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.
Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk.
Thursday, 7 July 2016
“Air Matanya Mengalir Keluar Tanpa Suara Seolah-olah Menangis Dalam hati" - Nenek
“Air Matanya Mengalir Keluar Tanpa Suara Seolah-olah Menangis Dalam hati" - Nenek
Adik Akil terselamat dalam nahas yang mengorbankan ibu bapa dan adik perempuannya.
Mungkin dia kini agak sukar memahami apa yang berlaku, namun, apa yang jelas dia seperti merasai keperitan kehilangan ahli keluarganya apabila dia dilihat hanya termenung dan mengalirkan air mata setiap kali disapa oleh saudara mara.
Lebih menyedihkan, adik Akil terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tinggal sehari lagi tanpa kelibat insan tersayang yang dipanggil Abi, Umi dan Adik. Tiada lagi belaian kasih sayang, gelak tawa mereka di hari raya. Semuanya hilang dalam sekelip mata.
Nenek Akil, Radziah Abu Bakar, 57, berkata Akil yang cedera di kaki masih trauma dengan kejadian dan enggan bercakap dengan sesiapa.
“Saya cuba mengelak untuk bercakap mengenai kejadian itu dan memujuknya bercakap hal-hal lain, namun Akil enggan membuka mulut langsung.
“Air matanya mengalir keluar tanpa suara seolah-olah menangis dalam hati. Luluh hati saya melihatnya. Saya kuatkan semangat dan beritahu dia masih ada tok abah dan tok umi,” katanya kepada Utusan Online ketika ditemui di Hospital Gua Musang hari ini.
Mohd. Akil Aliyuddin merupakan anak pasangan Mohd. Amin Firdaus Zakaria, 29, dan Mursyida Ahmad Latfi, 29, yang terkorban dalam nahas di Kilometer 12, Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada pukul 1.20 pagi ini. Adiknya, Nur Hana Jannati, lima bulan turut maut.
Nahas tersebut turut mengorbankan pasangan kembar Mursyida iaitu Munira, 29, suaminya, Norazami Mahat, 41, serta dua anak mereka, Raudatul Shazwina, 4, dan Mohd. Rifqi, tiga bulan.
Mengulas lanjut, Radziah memberitahu, Mohd. Akil Aliyuddin buat sementara waktu akan tinggal bersama dia dan suaminya, Ahmad Latfi Mat, 60, di kediaman mereka di Kampung Kubang Badak, Kota Jembal, Kota Bharu.
Wednesday, 6 July 2016
Terima Kasih Sahabatku
MP3 playerku masih setia menemaniku hingga senja tiba. Lagu-lagu favoritku dan dia terus terputar di playlist yang telah ku buat. Membuat ku semakin tenggelam dalam kenangan saat masih bersamanya. Sahabatku yang dulu selalu ada di sampingku. Aku masih terhanyut dalam kenangan di masa lalu sejak pagi tadi. Kini senja mulai menampakan wujudnya, namun aku masih tak ingin keluar dari kamarku.
“Bayangkan ku melayang seluruh nafasku terbang. Bayangkan ku menghilang semua tanpamu teman. Bila nafasku lepas, semua langkah yang lelah, semua waktu yang hilang tapi bayangmu tetap….”
Tak mampu lagi aku menahan air mata ini saat terdengar lagu Peterpan yang berjudul Sahabat terputar di MP3 player yang ku taruh tepat di sampingku. Air mataku mulai jatuh membasahi pipiku. Aku hanya bisa menggigit kecil bibir bawahku untuk menahan kesedihanku. Ku buka satu persatu gambar-gambar yang penuh kenangan di album fotoku. Gambar-gambar yang mengingatkan ku akan sosok dia yang pernah menjadi orang paling penting dalam hidupku. Namanya adalah Rosid. Sahabat terbaik yang pernah ku miliki. Dahulu kami selalu bersama, dimanapun ada dia maka disitulah aku berada.
—
Namanya adalah Rosid. Dia adalah seorang anak pecinta alam. Bahkan karenanya lah kini aku juga menjadi anak pecinta alam juga. Saat itu Rosid dan teman-teman lainnya yang
... baca selengkapnya di Terima Kasih Sahabatku Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor Satu
Sunday, 3 July 2016
Kacang Harus Melupakan Kulitnya
Seorang partner saya pernah bertanya “Pak, kok diajarkan semuanya ? Apa Bapak tidak takut nantinya setelah Bapak mengajarkan semua ilmu yang Bapak miliki mereka malah lupa pada Bapak, seperti kacang lupa pada kulitnya?” Hal ini terjadi karena ia melihat materi NLP Practitioner yang saya ajarkan lebih banyak dan lebih dalam pembahasannya, dibandingkan training sejenis di Indonesia. Saya katakan kepadanya ada empat alasan kenapa saya selalu total dalam memberikan sesuatu.
Pertama saya memiliki guru-guru yang luar biasa dalam hidup saya, Tung Desem Waringin, Krishnamurti, RH Wiwoho, James Gwee, Tim Hallbom (NLP Institute California), William Horton. Psy.D (NFNLP Florida), John Grinder (NLP Academy –London), Anthony Robbins, Stave G James (America Alliance of Hypnosis), Karl Nielsen (NLP & Coaching Institute Berlin), T Harv Eker dan Barnie Wee (Mind transformation Singapore), mereka selalu menjawab semua yang saya tanyakan dan tidak pernah menyembunyikan apa yang mereka ketahui. Karena semakin banyak memberi maka
... baca selengkapnya di Kacang Harus Melupakan Kulitnya Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor Satu
Saturday, 2 July 2016
(Video) Aksi Redha Rozlan Dalam Ninja Warrior Kagumkan Netizen
(Video) Aksi Redha Rozlan Dalam Ninja Warrior Kagumkan Netizen
Redha yang juga seorang pegawai Teknologi Maklumat (IT) berjaya melepasi peringkat pertama permainan itu bagi kategori di bawah 46 saat dan beliau mungkin rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.
Pegawai Teknologi Maklumat (IT) itu melepasi peringkat pertama permainan tersebut bagi kategori bawah 46 saat dan beliau mungkin merupakan rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.
Redha Rozlan, yang turut dikenali sebagai Mat Redho pernal tampil dalam program Fear Factor Malaysia pada 2014 yang menampilkan beliau berpasangan dengan pelakon Erin Malek.
Viet Nam News melaporkan, program sukan yang berasal dari Jepun itu telah memulakan musim keduanya di Vietnam pada 19 Mei lalu dan pada tahun ini, sebanyak 1,500 orang mendaftar diri untuk menyertai pusingan pertama permainan berkenaan, termasuk 35 rakyat asing.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Mat Redho dengan bersahaja melepasi rintangan-rintangan sehingga ke titik penamat.
Selepas menematkan permainan itu, Mat Redho yang memakai baju berlambangkan Malaysia itu mendapat tepukan gemuruh dari penonton.
Kisah Aku dan Perempuan Gemuk, Mula-Mula Aku Kutuk Dia, Tapi Skarang...
Kisah Aku dan Perempuan Gemuk, Mula-Mula Aku Kutuk Dia, Tapi Skarang...
Tidak jauh juga sebernarnya dari sebuah kisah sebenar yang dikongsi oleh individu ini menerusi UPSI Confessions, yang mana pada mulanya juga mengutuk-ngutuk rupa paras serta gelagak seorang wanita gemuk yang dilihatnya.
Namun tidak lama, segalanya berubah setelah mula mengenali wanita itu. Maka, mari kita sama-sama baca kisah yang menarik ini.
ini kisah tentang aku dengan perempuan gemuk.. saja nak kongsi.. Perempuan memang takut sngat dengan kegemukkan. tapi berbeza dengan perempuan yang aku kenal ni. eh.. sebelum terlanjur jauh bercerita elok aku perkenalkan diri dulu.. aku seorang lelaki maskulin berkulit tak berapa gelap. hehe.. (orang cakap). Aku pada mulanya takdelah suka sngat pada perempuan gemuk ni.. tapi lepas satu kejadian menimpa aku.. baru aku tahu kelebihan perempuan gemuk ni.. kejadiannya macam ni...... suatu hari aku nak g print kerja aku dpan pt tu.. dia dah ada kat dalam tengah kelam kabut susun kertas.. aku tengok je dia tapi bukan sebab suka masa tu.. tapi sebab aku teruja tengok dia susun kertas sambil makan donatt.. masa tu tuhan je tahu dlam hati aku ni.. nak tergelak takut.. dlm hati aku cuma tak sabar2 nak jumpa kawan aku nak cerita hal ni.. ahaha Tapi comel.. sambil mngunyah je dia buat kerja.. sempoi je.. hahah... aku terus g kt pc.. buat kerja aku.. tapi mata tetap nak pandang dia.. nak cari bahan buat modal nak kutuk dia.. haha.. aku dah siap print seterusnya nak membayar lah.. dia masih lagi tak siap2.. banyak kertas dia print.. tesis mungkin.. aku berdiri sebelah dia nak bayar.. dia boleh buat bunyi "erh!!" terkejut aku.. aku tengok die.. die jeling aku.. rupanya aku pijak kaki die.. tak prasan.. ingatkan tetikus tadi.. montok sngat... haha .. lepas bayar aku pon trus blah laa...mintak maaf pon tak.. aku bukan takut pon cuma waspada... lpas lintas jalan aku cari fon aku takde... alamak.. punya lah risau hilang..... aku terus patah balik.. masa selisih dngan dia aku tak hiraukan dah yang aku fikir fon aku je.. tiba-tiba dia cakap ni ha!! fon aku pada dia.. huh! lega.. ingat hilang dah tadi.. aku ckp terima kasih.. dia ckp mintak maaf dulu baru terima kasih... kes tadi la ni... hermm sory... dia angguk je pastu dia nak blah.. aku pon ajak dia makan.. aku ckap nak belanja dia makan.. tanda terima kasih.. nmpak tak lelaki budiman kat situ... haha.. lagi pun tengok die makan donat tadi macam tak cukup je.. haha.. Tak nak !! senafas je dia tolak ajakan aku.. terkedu aku kat situ.. jujur la aku mmg prasan hensem dah masa tu.. lagi pon dia bukan cantik sngat cuma comel tu pun sebab aumm kan.. tapi dia tolak cmtu je.. sebagai lelaki tulen aku rasa tercabar bile kene macam tu.. aku jadi makin bersungguhlah.. aku try lagi.. aku cakap haaa aiskrim nak.. tnggu jap saya pergi beli.. 5 saat dia pandang je aku.. aku pandang dia.. dia kate simpan je duit tu buat kawin... dalam hati aku haishh budak gemuk ni pandai pulak cakap pasal kawin.. jodoh kau pon tah kat mana lagi.. tup2 dia dah blah... boleh tahan dia punya sombong.. dah berapa lama aku tak tahu.. tapi aku sekali lagi jumpa dia dekat bitara.. nmpak macam makin gemok.. aku pon lalu je depan dia.. aku buat macam tak ingat je.. tiba-tiba aku nampak kawan aku pergi kt dia.. ckp2 gelak2.. oouh.. kenal rupanya.. blk tu terus aku mintak no dia dkat kawan aku.. aku wsap dia.. dia bls macam nak taknak je.. jual mahal tu tak tahan betol.. lama2 wsap.. dia slalu buat aku nk tergelak.. dan lawak aku pon die gelak jugak.. jadi mcm rapat plak.. tapi lagsung tak jumpa.. cuma berwsap je.. sekali tu dia kata kat aku dia nak g libry nak buat kerja.. aku pon acah-acah ada kerja la.. nak mnyibuk je.. dia sampai dulu.. lpas tu aku duduk semeja dengan dia.. prangai macam mula-mula jumpa tu jugak cuma boleh buat berborak laa.. aku tengok penampilan dia elok je.. takde laa ketat.. gemuk klu pakai ketatkan nmpak macam nak pecah.. tapi ni tak... elok je.. blk tu aku terfikir kalau aku kawin dia.. mcm fikir.. hish... aku fikir anak2 aku nnti mesti seronok main nyorok2 sembunyi belakang mak dia je,, hehe ini gurau.. Sebenarnya perempuan gemuk ni comel.. pada aku bnyak keistimewaan yang ada pada perempuan gemuk berbanding yang lain. #pandangan sahaja. kepada perempuan2 diluar sana takyah lah takut nmpak gemuk sngat sampai nak selfie masuk muka je.. jangan lah malu dengan diri kite sendiri.. sampai sekarang aku sangat suka dan sayang pada perempuan gemuk.. jika jodoh kami kuat bulan 10 ni kami akan bekahwin.. klu admin izinkan nnti saya share gambar kawin kami berdua.
Kalau jodoh tak kemana. Tidak berkenaan pada mulanya pun boleh jadi suka sekiranya sudah dijodohkan begitu. Apa-apapun, SK harap hubungan mereka berdua sampai ke jinjang pelamin.
Caj Tersembunyi Tidak Munasabah Dikenakan Astro, Kementerian Akan Siasat Dakwaan Pengadu
Caj Tersembunyi Tidak Munasabah Dikenakan Astro, Kementerian Akan Siasat Dakwaan Pengadu
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, sebarang tindakan Astro haruslah terikat dengan syara-syarat kita mereka mendapat lesen operasi.
"Astro boleh dikenakan tindakan jika benar ia melanggar syarat-syarat lesen, namun tidak menyatakan tindakan yang akan dikenakan."
"Kita akan siasat sebarang aduan yang diterima oleh mana-mana pengadu dan kita sentiasa mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan pihak Astro (untuk selesaikan masalah berbangkit)," katanya.
Semalam, seorang pengadu bernama Sephia Mhd Bhrm telah memuatnaik status di laman Facebooknya ayng mendakwa pihak astro telah menghantar notis untuk menaikkan ahrga pakej sukan.
Ini menyebabkan beliau bertindak menghubungi pihak Astro untuk menukar pakej, namun menurutnya pihak operator Astro menyatakan dia akan dicaj sebanyak RM120 sebagai penalti untuk tukar pakej.
Ini membuatkan dia membuat keputusan menamatkan langganan Astro, namun dakwanya untuk menamatkan langganan, operator memberitahunya perlu membayar sebanyak RM360 iaitu caj untuk RM120 penalti, RM80 penalti, RM88 bil bulanan dan RM70 untuk notis satu bulan.
Ini menyebabkan beliau tidak berpuas hati kerana tindakan Astro berkenaan sangat tidak adil selain tiada dalam perjanjian.
Menurutnya lagi, sambil ketawa operator berkenaan menyatakan sudah ramai orang membuat aduan mengenai perkara itu.
"Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook," dakwanya operator berkenaan berkata sedemikian yang membuatkan dia bertindak memviralkan perkara ini.
"Bila Nak Ada Anak?"Ini antara soalan yang paling digeruni pasangan yang belum dapat anak...
"Bila Nak Ada Anak?" Soalan 'Heavy' Yang Sering Diasak Seolah Suami Isteri Itu Berdosa
Ada yang sanggup berhabisan duit untuk mencuba kaedah-kaedah yang ada untuk mendapatkan anak, ada mereka yang betul-betul nak anak dana da mereka yang nak anak kerana malu tidak tahan dipandang serong oleh masyarakat.
Seorang wanita bernama Puan Zana Adieyza berkongsikan sebuah nukilan khas untuk semua 'kaki temuduga' tak bertauliah di luar sana yang asyik sibuk bertanyakan soalan 'heavy' kepada pasangan yang eblum dikurniakan cahaya mata.
Jom kita baca.
[ YE, KAMI BELUM ADA ANAK SENDIRI..... ]
- Memang la boleh berbelanja lebih, tak ada anak lagi kan..
- Memang la rumah kemas jer, tak ada anak yg nak sepahkan..
- Memang la boleh cuti raya lama, tak ada anak sekolah kan..
- Memang la boleh pergi bercuti selalu, tak payah susah2 nak bawak anak kan..
- Memang la boleh gambar berdua sweet2, tak ada anak yg kacau kan..
- Memang la boleh pergi umrah awal, tak perlu fikir nak tinggalkan anak lama2 kan mana kan..
Sekarang ni Zana nak tanya,
"Salah ke kami suami isteri dapat rasa semua nikmat rezeki tu di saat perkahwinan kami diuji dengan ketiadaan anak? Atau awak rasa ada anak tu membataskan kehidupan awak?"
Jangan ingat yg tak ada anak ni semuanya boleh belanja mewah, kita tak tau belanja dan simpanan dia macam mana.. Kita tak tau apa perancangan hidup mereka.. Kita tak tau apa2 sebab kita orang luar.. Kita tak tau apa perasaan mereka setiap kali soalan "bila nak ada anak?" tu ditanya..
Kebanyakan pasangan yg masih menanti rezeki anak ni, sangatlah bahagia.. Diberi rezeki utk lebih mengenal hati pasangan.. Sebab tu secara automatik kita akan nampak pasangan ni lebih mesra sebab memang rutin seharian mereka semuanya dilakukan berdua..
Sedih? Tipu kalau tak ada rasa sedih tu, tapi jarang sekali dan selalunya perasaan sedih tu sekejap sangat.. Selebihnya, mereka lebih suka memilih untuk teruskan kehidupan normal seperti biasa, berusaha, berdoa dan percaya dengan ketentuan rezeki drpd Allah..
Percaya tak hampir semua yg belum ada anak ni, bila diasak dengan soalan "bila nak ada anak" ni akan rasa lagi teruk sedihnya daripada rasa sedih menerima hakikat masih belum ada anak.. Sebab soalan2 tu la kebanyakan mereka jadi sayu hati, rajuk hati, menjauh diri dan rasa rendah diri..
Lagi sedih bila soalan tu ditanya di hadapan orang ramai.. Diusik seolah2 suami isteri ni berdosa berkahwin tanpa anak.. Diketawakan seolah2 pasangan ni serba kekurangan..
Maaf yer.. Zana bukan minta simpati, cuma minta kita semua sama2 belajar menghormati..
Hormati perasaan orang sekeliling kita.. Letakkan diri kita di tempat orang lain sebelum berkata sesuatu.. Bila kita cuba jaga hati dan air muka orang lain, insyaAllah Allah akan jaga hati, diri dan maruah kita..
Yang dah kahwin, bersyukur ada pasangan hidup.. Bayangkan kalau kita masih belum ada pasangan hidup.. Bayangkan kalau kita tiba2 kehilangan pasangan hidup..
Yang belum kahwin, bersyukur dan bersabar. Mungkin Allah nak bagi kita peluang lebih berbakti lama kepada ibu dan ayah..
Yang dah ada anak, bersyukur ada anak.. Anak adalah saham akhirat kita.. Betapa bertuahnya mempunyai anak yg mampu mendoakan kita setiap hari.. Bayangkan hidup kita kalau masih belum dikurniakan anak..
Yang belum ada anak, bersyukur Allah bagi nikmat rezeki bersabar.. Bayangkan jika kita ada anak, adakah hati kita boleh sesabar itu? Allah bagi peluang kita utk lebih meluangkan masa bersama insan yg sudi terima baik buruk diri kita.. Allah bagi kita masa lebih utk lebih dekat kepada-Nya..
Yakinlah Allah bagi apa yg kita perlu dan bukan apa yg kita mahu.. Kita merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.. Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak..
Kita sebagai hamba-Nya memang selayaknya diuji.. Setiap di antara kita berbeza ujiannya.. Tapi percayalah yg Allah menguji sesuai dgn kemampuan diri kita..
Belajar menerima Qada dan Qadar Allah.. InsyaAllah semuanya akan jadi lebih indah..