Saturday 9 July 2016

Akim Batal Hajat Tunai Umrah Demi Sambut Raya Pertama Bersama Stacy

Akim Batal Hajat Tunai Umrah Demi Sambut Raya Pertama 

Bersama Stacy


STACY tidak tertekan apabila kerap diajukan soalan mengenai kehamilannya. - Foto Nik Hariff Hassan



Bertuah Sungguh Stacy dapat Akim!!.. Beberapa bulan yang lalu, penyanyi yang dengan lagu Mewangi, Akim Ahmad pernah mengumumkan akan menunaikan umrah bersama kumpulan The Majistret pada hujung bulan Ramadan seterusnya menyambut hari raya Aidilfitri di sana.bagaimanapun hasrat itu terpaksa dibatalkan saat akhir kerana Akim tidak mahu melepaskan peluang beraya bersama Isteri kesayangan Stacy. Lebih manis lagi ini adalah tahun pertama mereka mereka merayakan Aidilfitri sebagai suami isteri,.“Sepatutnya saya berangkat pada 22 Jun lalu tetapi saya terpaksa batalkan perancangan itu kerana mahu fokus kepada hal perpindahan rumah termasuk mahu bersama Stacy pada raya pertama memandangkan ini kali pertama dia menyambutnya sebagai saudara baharu,” katanya 
Sebelum ini Akim & The Majistret mendapat tajaan pakej Umrah setelah memenangi Anugerah Personaliti Terunggul Anugerah Pilihan Online 2016. Dalam pada itu Akim merancang untuk membawa Stacy menunaikan umrah bersama kelak.


No comments:

Post a Comment