Sunday 25 June 2017

SUNGGUH TRAGIS!! Mercun Meletup Ragut Nyawa Budak 12 Tahun

Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com.my BUDAK lelaki berusia 12 tahun maut akibat terkena mercun dalam kejadian di luar rumahnya di Kampung Bintawa Hilir, Petrajaya, Kuching,hari ini. Dalam kejadian 12.15 tengah malam itu, mangsa, Haiqal Hakim Zolpaka, maut akibat parah di kepala. Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, mangsa bermain sejenis mercun seorang diri di luar rumahnya sebelum mercun berkenaan tiba-tiba meletup. Menurutnya, kejadian disedari apabila bapa mangsa medengar bunyi letupan kuat di luar rumah dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah. "Bapa mangsa mendakwa mangsa sering bermain seorang diri di luar rumah," katanya. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Kuching sebelum diserahkan kepada keluarganya. "Kes disiasat mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak," katanya. Mangsa adalah murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Matu Baru. Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2017 @ 10:45 AM

No comments:

Post a Comment