Masalah Air di Kota Belud sudah sampai ke Kemuncak
Menurut Dato Rahman, sewaktu kemuncak krisis dia balik ke KK dan sebaik tiba dia panggil DO dan Jurutera Air Kota Belud di rumah Datuk Musbah.
“Saya panggil jurutera air Kota Belud tapi dia enggan hadir dengan beri macam2 alasan. Saya terkejut ketika dalam krisis orang yang sepatutnya bertanggungjawab mengelak untuk bincang perkara itu. Saya bercakap sendiri dengannya. Saya betul2 tidak faham kenapa dia berbuat begitu. Saya terpaksa panggil Pengarah Jabatan Air Sabah (JAS), Saudara Awang Tahir.”
Apa yg mengejutkan MP Kota Belud bila Pengarah Jabatan Air mendedahkan semua maklumat yg disampaikan oleh Jurutera Air Kota Belud ke ibu pejabat tentang masalah air Kota Belud adalah tidak tepat. Dalam erti kata lain, tidak memberi laporan keadaan sebenar.
“Saya juga membawa krisis air Kota Belud dalam mesyuarat kabinet. Saya yg bercakap dan PM telah meluluskan bajet khas kecemasan yg di salurkan melalui KKLW untuk menebuk air dari dalam tanah. Tapi jabatan air melengah2kan projek itu dengan melaksananya mengikut prosedur biasa dengan melantik consultant. Berapa lama laporan consultant? setahun? Ini krisis? Ini projek emergency? Saya tidak faham.”
sumber berita: http://suarasabah.com/krisis-air-kota-belud-tindakan-atau-sabotaj/
baca berita penuh disini>> http://suarasabah.com/krisis-air-kota-belud-tindakan-atau-sabotaj/
No comments:
Post a Comment