Sunday, 26 June 2016

Terkini: Pesawat Charlie TUDM Dipintas 2 Jet Pejuang Indonesia

Terkini: Pesawat Charlie TUDM Dipintas 2 Jet Pejuang Indonesia

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai insiden sebuah pesawat Charlie C130 milik TUDM dipintas oleh dua jet pejuang Indonesia dalam ruang udara berhampiran Pulau Natuna hari ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pesawat itu dipintas dalam penerbangan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Laluan.
"Kita ada menerima laporan berhubung kes berkenaan tapi maklumat lengkap secara sahih belum diperoleh.
"Kita akan meneliti laporan ini memandangkan belum mendapat maklumat lengkap mengenai kes ini," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Kata beliau lagi, insiden seumpama itu sering berlaku di negara lain dan ia bergantung kepada hubungan dua hala negara itu untuk menyelesaikannya.
Katanya, beliau mempunyai hubungan erat dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Riacudu dan sekiranya berlaku insiden antara Indonesia dan Malaysia ia biasanya diselesaikan secara diplomasi.

"Bila sebut Indonesia, saya tak risau kerana kebiasaannya ia dapat diselesaikan dengan baik. Saya berharap media bertanggungjawab dalam membuat laporan supaya tidak mencetuskan emosi kedua-dua negara berjiran," katanya. -

No comments:

Post a Comment