Wednesday, 1 July 2015

Adik Neelofa Tegur Aurat Fazura Di IG?

adik neelofa tegur aurat fazura di ig
Setiap kali sebelum atau menjelangnya bulan Ramadan mulia pastinya kita akan sering mendengar tentang kisah penghijrahan dikalangan selebriti kita. Murai Batu juga merasakan senario ini amatlah baik dan sudah tentunya ia adalah tuntutan seseorang yang beragama Islam.
Tetapi tidak kurang juga ada dikalangan selebriti kita yang mengambil inisiatif untuk menghormati bulan mulia ini dengan mengenakan hijab. Pada pandangan Murai Batu, walaupun mereka tidak berhijab sepenuhnya, setidak-tidaknya mereka punya kesedaran untuk menghayati bulan mulia ini bukan?
Biasalah bila bulan puasa ini kadang-kadang nak buat apa pun malas, maklumlah ada alasan puasa untuk mengelak. Murai Batu pun asyik mengadap media sosial, tengok Youtube dan sebagainya dan telah tertarik kepada posting Instagram yang dibuat oleh aktres Fazura.
Dalam entri yang dimuatnaik oleh pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia itu menampilkan dirinya sopan mengenakan selendang. Tidak pula terdengar atau pun pernah dinyatakan Fazura bahawa dia akan berselendang sempena Ramadan, tapi Murai Batu andaikan dia mengambil inisiatif tersebut.
Namun begitu, seperti biasa entri para selebriti kita seringkali menjadi sasaran untuk pemerhati mencari kesalahan walaupun sekecil kuman pasti dapat dihidu dan dikenalpasti sebelum diluahkan di ruang komen yang disediakan.
Tetapi terkejut Murai Batu bila ternampak satu komen yang ditulis oleh pemilik akaun @ameerakhan812 yang menegur aurat Fazura dalam nada sinis. Setahu Murai Batu, Ameera Khan yang pernah didengar adalah nama adik kepada Neelofa yang turut tidak terlepas daripada kontroversi sebelum ini.
Sebelum ini dia pernah menjadi bualan kerana pakaian sekolahnya yang mengundang pelbagai respon serta tindakannya yang membalas komen pihak haters kakaknya dengan sangat kasar sekali. Ekoran daripada itu dia telah menutup IG yang lama itu.
Kalau tak salah Murai Batu la kan, tapi ada juga yang mendakwa itu adalah akaun fake sahaja. Apa-apa pun Murai Batu nasihatkan tak usahlah kita mewujudkan perbalahan diantara kita. Kalau benar itu akaun palsu, mudah-mudahan insan tersebut diberikan hidayah sempena Ramadhan ini.
Jadi Murai Batu nak ambil kesempatan ini, manalah tahu ada orang akan tampil menjernihkan keadaan. Murai Batu tengok pada komen, Fazura sendiri juga tidak ambil pusing kepada perkara tersebut dan komen itu hanya terhenti disitu.
Jom kita sama-sama menghayati bulan puasa dengan lebih berhikmah dan memperbanyakkan amal ye. Hadapilah bulan puasa tanpa pancaroba!

No comments:

Post a Comment