Wednesday, 1 July 2015

Kakak Adira Tak Terkejut Berita Putus Tunang Adiknya


kakak adira tak terkejut berita putus tunang adiknya
KUALA LUMPUR, 25 JUN 2015: Kakak kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Edayu Suhaimi akui tidak terkejut dengan khabar angin yang mendakwa adiknya itu kini sudah pun putus tunang.
Namun Edayu atau dikenali sebagai Ummi berkata dia tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan selagi tuan punya badan iaitu Adira tidak membuat apa-apa pengesahan mengenai perkhabaran itu.
“Saya rasa lebih baik tanyakan sendiri pada tuan punya badan. Saya rasa tak elok untuk saya komen atau berikan sebarang kenyataan selagi Adira sendiri tidak membuat apa-apa pengesahan mengenai khabar angin ini.
“Namun, apa yang boleh saya katakan saya tidak terkejut, itu sahaja,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Pada awal minggu ini, sebuah akhbar menerusi kolum seorang  wartawan telah menyatakan khabar angin kononnya Adira dan tunangnya Shahrul Nasrun sudah pun putus tunang.
Apabila ditanya bagaimana keadaan Adira sejak akhir-akhir ini, Ummi memberitahu adiknya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
“Saya ada jumpa dia baru-baru ni, saya lihat dia biasa sahaja seperti tiada masalah pun,” ceritanya lagi.

No comments:

Post a Comment