Hentikan Sebar Berita Palsu Pesawat Terhempas-BOMBA
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menafikan satu berita palsu yang kononnya terdapat insiden pesawat terhempas di Perlis.
Menerusi akaun Twitternya, JBPM berkata gambar yang disebarnya bukan berlaku di Perlis tapi gambar insiden lain yang telah berlaku beberapa tahun lepas.
"Berita berkenaan pesawat terhempas di Perlis adalah palsu. Hentikannya sebarannya," kata akaun Twitter itu.
Gambar itu mula diviralkan oleh seorang pengguna Facebook pagi tadi yang berkata kononnya sebuah pesawat ringan terhempas di Felda Mata Air di Padang Besar.
BH Online melaporkan, melalui pemerhatian mereka, gambar itu adalah dari insiden sebuah pesawat Twin Otter milik MASwings yang terhempas di Kudat,Sabah, tiga tahun lalu dan mengorbankan dua orang termasuk pembantu juruterbang.
sumber: SK
No comments:
Post a Comment