Monday, 9 May 2016

Terharu Sungguh Dengan Sultan Berjiwa Rakyat Seperti Baginda..Hargai Dan Hormati Ibu Dengan Baik – Sultan Johor


Hargai Dan Hormati Ibu Dengan Baik – Sultan Johor




SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah agar semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa menghargai ibu masing-masing.


Menulis di status Facebook, baginda juga berharap agar insan yang bergelar ibu sentiasa dihormati dan dijaga dengan baik.
sultan
sultan222
Sultan Ibrahim bersama bondanya, Enche Besar Hajah Khalsom.
Saya berharap anda semua akan menghargai ibu anda. Hormatilah dan jagalah mereka dengan baik. Saya mengucapkan “Selamat Hari Ibu” kepada semua yang bergelar Ibu,” katanya lagi.
Baginda turut menzahirkan rasa syukurnya kerana dianugerahi dua insan istimewa yang berani dan mengagumkan iaitu ibu dan isterinya.
Mereka sentiasa bersama di sisi keenam-enam anak saya dan saya sendiri, di kala susah mahupun senang. Mereka berdua adalah insan cemerlang yang amat saya kasihi.
Saya bersyukur di atas kasih sayang tanpa sempadan dan tidak berbelah bahagi yang mereka berdua berikan kepada keluarga kami,” jelas baginda lagi.
sumber: http://www.mynewshub.cc/ 

No comments:

Post a Comment