Wednesday, 11 May 2016

PANAS!! Sila Hormat Lagu Ayda Jebat, Jangan Hanya Pandai Kritik

ayda Jebat Jawab Kritikan Lagu Single Terbaru Pencuri Hati tidak berkualiti...Sila Hormat Lagu Ayda Jebat, Jangan Hanya Pandai Kritik..

Ayda%2BJebat

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat meminta segelintir pihak agar menghormati sesuatu karya yang dihasilkan oleh setiap anak seni dan bukan hanya pandai mengkritik.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 24, berkata, sesebuah karya itu dihasilkan menerusi satu proses yang panjang bukan mudah seperti mereka sangkakan.

"Mereka (pengkritik) hanya tahu menghentam sahaja, mereka patut belajar menghormati kerja orang lain biar nanti orang lain akan respek kerja mereka pula.

"Untuk buat sesuatu lagu itu bukan mudah dan banyak pihak yang terlibat dan berkorban masa untuk menghasilkannya," ujarnya.

Ayda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir penulis blog yang menyenaraikan single keduanya Pencuri Hati sebagai lagu tidak berkualiti.

Tambah Ayda, dia tidak mengambil tahu tentang kritikan-kritikan yang hanya bertujuan melunturkan semangatnya sebagai penyanyi.

Katanya lagi, dia juga tidak berasa pendapat yang diutarakan oleh segelintir netizen di laman sosial itu mewakili pendapat semua masyarakat.

Ayda%2BJebat%2B1
Ayda Jebat tidak ambil kisah kritikan terhadap lagu terbaharunya.

"Saya tidak ambil kisah pun kerana kalau saya ambil tahu akan buat hati saya sakit sahaja. Muzik itu subjektif dan kalau mereka tidak suka ada orang lain yang suka.

"Di luar negara ramai penyanyi terkenal membawa lagu yang berbeza mengikut tren semasa dan mereka diterima ramai dengan muzik tersebut. Tidak semestinya lagu genre balada itu sahaja boleh jadi lagu terbaik dan berkualiti," ujarnya.

Lirik video lagu Pencuri Hati yang dimuat naik pada 17 Februari lalu kini mendapat lebih 4 juta tontonan di laman YouTube.

Dalam pada itu, Ayda berkata, dia bakal memulakan penggambaran untuk muzik video lagu berkenaan pada 9 Mei ini.

Sementara itu, ditemui pada malam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang berlangsung pada Sabtu lalu, Ayda yang ditewaskan oleh Aktres Mia Ahmad dalam dua kategori iaitu Aktres Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan Dnars itu berkata ia adalah adat pertandingan.

Kata Ayda, dia hadir pada majlis tersebut bukan kerana mengharap kemenangan sebaliknya menunjukkan sokongan terhadap penganjuran sesebuah majlis yang bertujuan mengangkat industri seni.

"Kalah itu adat pertandingan dan saya tidak rasa sedih atau kecewa pun, saya datang majlis ini sebab ingin beri sokongan sahaja dan bergembira," ujarnya.

Tambah Ayda, kemenangan terbesar buatnya ialah apabila peminat-peminatnya sanggup meluangkan masa untuk turut sama berada di majlis berkenaan semata-mata memberi sokongan kepadanya.

Ayda Jebat dipilih memenangi Anugerah Fesyen Glam Wanita Terhebat pada malam tersebut yang membolehkan dia membawa pulang trofi dan wang tunai RM1,888 sumbangan syarikat Doktor Kereta dari Singapura iaitu Ismail Yusof. 

No comments:

Post a Comment