Friday, 20 May 2016

Kajian Terkini: Suara Ibu Dapat Tingkatkan Kebolehan Otak Kanak-Kanak

Kajian Terbaru Dedah Betapa Hebat Efek Suara Ibu Pada Otak Kanak-Kanak



Kurang dari satu saat. Itu masa yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak untuk mengenalpasti suara ibunya.

Satu kajian dari Universiti Standford mengkaji bagaimana kanak-kanak memberi reaksi kepada suara ibu berbanding dengan suara wanita yang tidak dikenali.

Dan saintis mendapati, suara ibu bukan sahaja dikenalpasti di bahagian pemprosesan suara, malah di beberapa bahagian otak yang lain.

Bahagian otak seperti emosi, ganjaran, pengecaman wajah dan fungsi sosial juga akan 'memberi respon' apabila suara ibu kedengaran. Dengan ringkasnya, suara ibu boleh 'mengajar' sistem-sistem ini dan mempengaruhi bagaimana anak-anak berkomunikasi secara sosial.

"Banyak dari proses sosial, bahasa dan emosi dipelajari dengan mendengar suara ibu", kata pakar di Standford, Daniel Abrams yang mengetuai kajian itu.

"Tapi, hanya sedikit yang kita tahu bagaimana otak kita menyusun dirinya mendengar suara yang penting ini(suara ibu). Kita tidak sedar bahawa suara ibu boleh mempunyai akses yang begitu cepat ke banyak bahagian sistem otak", kata beliau lagi.

Di dalam kajian itu, dua dozen kanak-kanak, yang berumur 7 hingga 12 menjalani imbasan MRI ketika mendengar klip bunyi pendek dari pelbagai sumber bunyi. Beberapa klip bunyi diambil dari suara ibu mereka sendiri manakala beberapa lagi diambil dari orang yang tidak dikenali.

Menariknya, biarpun suara ibu berdurasi kurang dari satu saat, kanak-kanak boleh meneka suara ibu mereka dengan ketepatan 97 peratus.

Hasil ujian yang mendapati bahawa banyak kawasan otak yang 'memberi respon' apabila mendengar suara ibu sangat mengujakan para saintis.

"Kita tahu bahawa dengan mendengar suara ibu boleh menjadi sumber keselesaan emosi kepada kanak-kanak. Di sini kami menunjukkan hubungkaitnya secara biologi", katanya.

Reaksi otak terhadap suara ibu tidak terhad untuk kanak-kanak sahaja.

Satu kajian pada 2010 mendapati bahawa remaja yang sedang menempuh masa yang sukar akan tenang apabila mendengar suara ibu di telefon kerana perbualan itu akan membantu menurunkan hormon stress dan melepaskan oxytocin, satu 'chemical' yang boleh membuat seseorang itu merasa gembira.

Jadi jika ibu anda menelefon, pastikan panggilannya diangkat. Dengan hanya mendengar suaranya, anda akan menjadi tenang dan gembira. 



No comments:

Post a Comment