Sunday, 1 May 2016

Kegembiraan Ibu muda baru lepas bersalin bertukar tragedi selepas dia dirogol seorang lelaki..

Ibu muda dirogol selepas bersalin

HARYANA – INDIA. Seorang ibu muda berusia 23 tahun mengalami detik hitam akibat diserang dan dirogol selepas beberapa jam melahirkan anaknya di sebuah hospital, di sini.
Memetik laporan portal Metro.co.uk, wanita itu sedang berehat di katilnya di dalam wad ketika didatangi suspek.
Mangsa kemudiannya diserang dan dirogol oleh suspek apabila keadaan di sekitarnya agak lengang.
Difahamkan, mangsa terlalu lemah untuk melawan kerana baharu melahirkan anak melalui kaedah pembedahan.
Perbuatan jenayahnya itu dirakam menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) hospital.
Suspek dipercayai melarikan diri selepas merogol mangsa dan merayau di hospital berdekatan untuk mencari mangsa seterusnya.
Difahamkan lagi, suspek berjaya melepasi kawalan ketat sekuriti dengan menyamar sebagai doktor.
Bagaimanapun, cubaan kedua suspek gagal apabila mangsa keduanya berjaya melepaskan diri dari suspek dan menekan butang penggera kecemasan, menyebabkan suspek melarikan diri.
Pihak berkuasa akhirnya mengeluarkan amaran terhadap kesemua hospital di daerah tersebut dan turut menyebarkan foto suspek yang diperoleh menerusi rakaman CCTV.

No comments:

Post a Comment