Sunday, 8 May 2016

Tampil Mohon Maaf, Ini 5 Bukti 1 Malaysia Sebenarnya Kena ‘Game’ Dengan Bella

Tampil Mohon Maaf, Ini 5 Bukti 1 Malaysia Sebenarnya Kena ‘Game’ Dengan Bella'''



busss

Sejak viral video seorang wanita membuat laporan polis terhadap produk kurus yang didakwa tidak berkesan, kami sebenarnya sudah dapat menjangka seperti ada sesuatu yang tidak kena. Bagai sudah dirancang dengan teliti.
Terbaru, susulan viral video tersebut wanita bernama Bella sekali lagi tampil namun kali ini memohon maaf. Tapi betul ke sekadar memohon maaf atau ada sebab-sebab tertentu yang lain?
Ini 5 sebab kenapa 1 Malaysia sebenarnya dah kena troll dengan si Bella ni. Bertuah kau Bella.

Lakonan permohonan maaf

Menerusi video terbaru ni, si Bella berulang kali memohon maaf kepada pihak serum kurus yang didakwa tidak panas dan tidak berkesan.
Bukan sekali, bukan dua kali, tapi tiga kali. Tak rasa ada sesuatu yang pelik ke dengan permohonan maaf dia? Sorry dik, nampak seperti dibuat-buat dan sekadar lakonan.
Drama tv pun kalau pelakon ‘kayu’ boleh nampak ini kan pula awak. Motif nak ulang banyak kali cakap benda sama?

5 kali sebut nama produk, kebetulan atau dirancang?


Bukan itu sahaja, kalau dengar elok-elok si Bella ni juga ada menyebut nama produk tersebut dengan nama penuh. Sebanyak lima kali dia ulang nama produk tersebut sampai nak terbelit lidah.
Apa motif sebenarnya? Ini lah tujuan asal dia, nak bagi korang ingat nama produk tersebut dan bila search di Google dan Facebook terpampang keluar produk mereka.
Sebenarnya dia dah gagal dalam video pertama, kenapa kami kata gagal? Baca di point terakhir.

Produk kurus yang tak panas?

pns
Jangan tertipu, itu sebenarnya unique selling point (USP) yang nak diwar-warkan kepada orang ramai. Kebiasaannya produk kurus yang dijual memang panas tapi produk mereka tak panas langsung.
Jadi ini lah keistimewaan produk mereka dan ini lah yang membezakan produk mereka dengan produk lain. Dalam erti kata lain ‘benda’ ini lah mereka nak jual. Malah dalam iklan-iklan terdahulu mereka dah highlight tentang perkara ini tapi takkan Bella tak tahu?

Video pertama viral kerana produk kurus tak panas. Video kedua sekali lagi turut dinyatakan tentang perkara sama. Nampak tak permainan dia?

Kenapa Melayu?

Kalau tengok video pertama, si Bella ni sebut kenapa dia tak suka beli produk Melayu. Dia kecam produk Melayu. Secara logiknya apa kaitan antara keberkesanan sesebuah produk dengan siapa yang menghasilkan produk tersebut? Kenapa Melayu?
Kenapa kalau bangsa lain buat produk kurus 100% berkesan ke? Isu bangsa memang cukup sensitif dalam masyarakat kita. Jadi isu ‘Melayu’ ini pada pengamatan kami saja dibangkitkan bertujuan mencetuskan kemarahan orang ramai. Secara tak langsung video mereka semakin viral dan dikongsi atas pelbagai sebab.
Ada yang share sebab ubat kurus tak panas, ada share sebab nak sarankan bersukan, ada yang share sebab tegur baru pakai sekali dan ada yang share sebab tak puas hati kutukan terhadap produk Melayu.
Nampak tak kita semua kena ‘game’?

Gagal pada video pertama


Pada video pertama Bella sebenarnya dah gagal. Gagal dalam menyebut nama produk ini dengan jelas dan nyata. Secara tak langsung menyukarkan orang ramai untuk mencari produk tersebut. Tak tahu nak eja macam mana. Malah melalui data carian kami, tak ramai yang search produk ini di Facebook. Tak seperti yang diharapkan oleh mereka.
Tapi kesilapan tersebut ditebus dengan video kedua. Sebab itu lah sampai lima kali dia ulang. Nak bagi melekat dalam kepala.
Jadi rakyat Malaysia terimalah hakikat anda semua sebenarnya dah di’troll’ oleh si Bella. Bagi kami, ini cuma marketing strategy yang dirancang secara halus untuk tujuan viral.
Lepas ini mungkin ada video pertemuan dengan seller ‘Wani’ pula dan seterusnya sehingga orang ramai betul-betul mengenali produk tersebut?


artikel penuh sila lawati:

No comments:

Post a Comment