Tuesday, 15 September 2015
2 Wanita Tidak Berpakaian Serbu Ketika Imam Sedang Berucap di atas Pentas
PERSIDANGAN ISLAM yang diadakan di Pontoise, Perancis bertukar menjadi huru-hara apabila dua aktivis sosial wanita bertindak melakukan aksi tidak berbaju ketika majlis tersebut sedang rancak bersiar.
Menerusi video, mereka secara tiba-tiba melompat ke atas pentas dan memaksa dua orang lelaki dipercayai Imam untuk beredar dan melaungkan beberapa slogan sebelum pasukan keselamatan membawa mereka turun dari pentas berkenaan.
“Tiada sesiapa boleh paksa saya menyembah kepada apa-apa pun,” demikian tertulis di atas buah dada wanita yang menimbulkan kekecohan.
Tidak beberapa lama kemudian, kedua-dua wanita berkenaan diusir daripada pentas dan dapat disaksikan salah seorang daripadanya telah disepak oleh salah seorang lelaki.
Kumpulan FEMEN diasaskan di Ukraine pada tahun 2008 dan dikatakan berpangkalan di Paris.
Mereka menggambarkan idealogi mereka melalui tiga perkara iaitu sexterisme, atheis dan feminisme.
Pertubuhan tersebut terkenal dengan aksi melampau membuka baju di khalayak ramai di mana pada tahun 2014, mereka melakukan provokasi sewaktu program persidangan Islam yang diadakan di Berlin, German.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment