Saturday, 26 September 2015

Berang akibat disaman, seorang lelaki bertindak bodoh dengan menulis perkataan lucah di atas surat saman sehingga mengakibatkan dia ditahan polis






saman-sabah


Berang akibat disaman, seorang lelaki berusia 30 tahun bertindak bodoh dengan menulis perkataan lucah di atas surat saman sehingga mengakibatkan dia ditahan polis dalam kejadian di Jalan Tuaran Bypass, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, suspek yang memandu pacuan empat roda dikatakan melakukan dua kesalahan trafik iaitu tidak memakai tali pinggang keledar dan menampal lapisan plastik gelap pada cermin kenderaannya.
Lelaki itu bagaimanapun tidak berpuas hati dan menulis perkataan lucah pada ruang tandatangan surat saman yang diterima sebelum menyerahkannya kepada pegawai trafik bertugas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis terpaksa menahan suspek atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.


Sumber Artikel Ini : http://suarasabah.com/2015/09/tulis-perkataan-lucah-lelaki-ditahan-polis-sabah/#ixzz3mtna4RY5

No comments:

Post a Comment