Friday, 11 September 2015

Sudah 3 Bulan Nikah Tapi Isteri Masih Dara!!

Image result for takut malam pertama
(sekadar hiasaN)
soalan :
Saya berusia 21 tahun dan mendirikan rumah tangga hampir tiga bulan, tetapi sehingga kini saya masih bergelar anak dara.
Masalah ini berpunca daripada diri saya sendiri yang terlalu ‘takut’ untuk menghadapi situasi malam pertama.
Saya tidak tahan sakit kerana saya mempunyai banyak masalah kesihatan dan sering disuntik di hospital dan klinik.
Masalah ini membuatkan saya takut untuk menghadapinya. Saya sering berfikir macam-macam ketika saya dan suami hampir melakukan hubungan seksual. Suami saya seorang yang sihat dan langsung tiada masalah untuk mengadakan hubungan.
Pelbagai usaha sudah kami lakukan termasuk bertanya kepada doktor di klinik kesihatan, tetapi masih tidak berhasil.
Bagaimanakah cara untuk menghadapi malam pertama dalam keadaan paling tidak menyakitkan?

Adakah boleh menggunakan bius kerana saya seorang yang tidak tahan sakit?
Adakah boleh suami saya melakukan penetrasi ketika saya sudah klimaks? Adakah ini akan mengurangkan kesakitan? Bagaimanakah posisi paling sesuai untuk mengurangkan kesakitan?
Nurul,
Pahang
Jawapan:
Beberapa pesakit saya mempunyai masalah sedemikian selepas berkahwin selama lebih lima tahun, namun hampir semua (kecuali satu pasangan) yang tidak berjaya bersama dalam masa tiga bulan mendapatkan nasihat. Walaupun tiga bulan kelihatan jauh berbeza dengan lima tahun, perkara yang baik dan halal usahlah dibiarkan berlanjutan.
Saya tidak mempunyai teknik khas sewaktu memberikan panduan. Secara amnya, saya hanya memberikan penerangan mengenai rupa selaput dara yang sebenar kerana ramai yang menyangka ia seperti dinding yang perlu ditembusi.
Istilah ‘pecah’ atau ‘tebuk’, malah istilah ‘selaput’ itu sendiri juga mengelirukan. Saya juga akan memeriksa keadaan selaput dara kerana kadangkala terdapat selaput dara yang pelbagai bentuk yang boleh menyukarkan penetrasi zakar.
Suami juga digalakkan hadir bersama bagi mengesahkan sudut penetrasi, kadangkala kawasan tepi bahagian belakang luka melecet dan ini tambah menjadikan isteri kesakitan lantas menolak penetrasi. Posisi hubungan, belaian suami serta bantuan pelincir juga akan dibincangkan.

No comments:

Post a Comment