Zaman sekarang bukanlah sesuatu yang senang untuk mendapatkan sebarang pekerjaan bukan sahaja di Malaysia malah di negara lain juga. Tekanan yang dialami apabila gagal mendapat pekerjaan yang baik biarpun lulusan universiti, membuatkan seorang gadis di Amerika Syarikat bertindak menjual sijil yang dimilikinya.
Stephanie Ritter, yang merupakan graduan Florida State University (FSU) dalam bidang teater, mengambil keputusan menjual sijil ijazahnya dengan harga AS$40,000 (RM200,677) di laman eBay.
Dia perlukan duit tersebut untuk melunaskan hutang pengajiannya yang berjumlah AS$40,000 (RM167,164).
Lulus Sarjana Muda dengan kepujian pada tahun 2011, Ritter memberitahu portal Buzzfeed, dia kecewa kerana masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan.
Lulus Sarjana Muda dengan kepujian pada tahun 2011, Ritter memberitahu portal Buzzfeed, dia kecewa kerana masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan.
“Saya fikir sijil ini akan membantu saya dalam hidup, tetapi rupa-rupanya tidak,” kata Ritter.
Mereka yang membeli sijil ini juga akan memperolehi ‘pengalaman jelajah’, di mana Ritter akan membawa pembeli menjelajah sekitar kampus FSU dan merasai pengalaman seperti mana dialaminya selama empat tahun belajar di universiti itu.
“Kenapa habiskan masa untuk belajar dan peroleh ijazah jika anda boleh beli sahaja?” kata Ritter dalam deskripsi di laman eBay.
Sumber : Says.com
No comments:
Post a Comment