Bukan drama dan ia tak pernah dirancang. Ia dijelaskan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad setelah isu penarikan diri Rozita Che Wan selaku juri tetap Akademi Fantasia (AF) 2015 didakwa dicipta oleh pihak Astro bagi mendapatkan perhatian masyarakat kepada program realiti berkenaan.
Respon mengejutkan Edry bila Che Ta umum tarik diri dari AF2015 – Menurutnya lagi, pihaknya memahami situasi yang berlaku adalah disebabkan perselisihan pendapat dan perkara itu tidak dapat dielakkan dalam memberi kritikan berhubung seni.
“Ini bukan ‘drama’ yang sengaja kami cipta. Pihak Astro sendiri juga tidak menjangkakan hal sebegini berlaku. Kami juga terkejut apabila Rozita Che Wan memaklumkan mengenai penarikan diri daripada kerusi juri itu, selepas konsert minggu lalu. Seni muzik itu adalah subjektif. Begitu juga dengan nyanyian. Jadi, ada yang akan suka, dan ada yang tidak akan suka. Sebelum ini juga pernah berlaku persengketaan di antara juri dan pengetua Akademi Fantasia musim sebelum ini, namun tidaklah sehingga ke tahap apa yang berlaku pada minggu lalu,” jelasnya.
Ditanya mengenai pengganti Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu, Raqim belum dapat memberikan sebarang nama. Mengenai kriteria bakal pengganti Che Ta, Raqim memaklumkan bahawa posisi Che Ta sebelum ini di kerusi juri adalah sebagai mewakili para penonton. Oleh itu, bakal penggantinya tentulah seseorang yang juga punya suara yang mampu mewakili penonton.
“Kami masih dalam perbincangan. Perkara ini baru sahaja berlaku dan dengan sangat pantas. Jadi, kami masih memikirkan mengenai nama yang sesuai. Kami menghormati keputusan Che Ta untuk menarik diri. Pilihan untuk mengambil Che Ta sebagai juri sebelum ini, adalah pilihan yang tepat dan tidak salah,” katanya lagi dipetik Media Hiburan.
Bagaimana pula reaksi Pengetua AF2015 Edry Edry Abdul Halim setelah beliau didakwa menjadi punca Che Ta ‘merajuk’ dan meninggalkan kerusi juri AF2015?
Memetik sumber Astro Gempak pula, Edry meminta supaya semua pihak tidak mengaitkan isu penarikan diri Che Ta sebagai masalah peribadi. Menurut Edry, sebagai pengetua dia berhak untuk mempertahankan pelajar #AF2015 dari sebarang kritikan yang tidak membina.
“Saya tak nak mahu isu ini jadi isu peribadi, itu hak Che Ta dan saya tidak ada masalah dengan dia. Cuma saya tidak berapa gemar cara dia mengkritik kerana bagi saya itu bukanlah kritikan yang membina. Sebagai contoh minggu lalu tentang kritikan terhadap Rachel, bagaimana kita nak ubah ‘slang’ Rachel sedangkan orang tahu perkara itu agak sukar untuk dibuat? Dah masuk minggu ketujuh, dan saya rasa tidak perlu lagi ada kritikan-kritikan tak membina seperti itu,” jelasnya.
Selain itu, Edry juga tidak bersetuju dengan dakwaan Che Ta yang menganggap dirinya sebagai seorang yang emosi dan tidak profesional.
“Jika nak kata saya bersikap tak profesional, itu salah! Saya masih lagi boleh terima terima apa sahaja kritikan dengan terbuka asalkan ia dapat bantu tingkatkan prestasi pelajar. Sebagai contoh Dato’ Ramli, setiap kritikan yang diberikan mempunyai penjelasan di mana pelajar sendiri juga faham. Saya hormati kerja Che Ta sebagai juri dan dalam masa yang sama juga saya perlu pertahankan pelajar-pelajar saya,” katanya tegas.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai isu penarikan diri tersebut Edry memberitahu itu adalah keputusan terbaik yang dibuat oleh Che Ta.
“Saya rasa itu adalah demi kebaikan dia juga, mungkin dia tidak tahan dengan tekanan yang diberikan sebagai pengkritik. Saya faham ini bukan bidang dia dan jika itu keputusannya, saya hormati dan ‘all the best’ untuk Che Ta. Andai kata diberikan pengkritik yang baru kalau boleh saya mahu yang terbaik.” katanya mengakhiri perbualan.
Che Ta membuat keputusan menarik diri selepas diherdik Edry pada malam Ahad lalu. Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila Edry dikatakan tidak berpuas hati dengan kritikan Che Ta terhadap persembahan salah seorang pelajar iaitu Sufi ketika program berlangsung.
Insiden terbabit juga kurang disedari penonton dan diperkatakan pada malam kejadian kerana menyangka ia adalah sebahagian daripada gimik program.
EDRY HERDIK TUH BUKAN NK MARAHKAN CHE TA SANGAT,TAPI DIA SEKARANG NIH TERTEKAN DAN BERCELARU SB AF MUSIM NI YG BERKEBETULAN DIA SEBAGAI PENGETUANYA AGAK HAMBAR,DINGIN DAN TK DAPAT SAMBUTAN...
ReplyDelete