Tuesday, 1 September 2015

(5 Gambar) Pramugari Cun Mati Bunuh Diri Terjun Kondo



Polis tidak menolak kemungkinan kematian seorang wanita yang ditemui berlumuran darah di bawah Apartment Green Avanue Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang semalam berpunca daripada bunuh diri.
Mayat mangsa, Chong Nyuk Moi, 29, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh beberapa penduduk di situ pada jam 6.25 petang semalam.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat seorang perempuan yang dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan itu pada jam 6.28 petang.
Katanya, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang perempuan yang lengkap berpakaian berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan di bawah bangunan Blok B Green Avanue Bukit Jalil.
“Mangsa yang bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan MAS dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dikatakan bertindak terjun dari tingkap rumah di blok berkenaan berdasarkan bukaan pada tingkap dan juga selari dengan tempat dia jatuh.
“Tiada saksi melihat kejadian itu, tetapi dipercayai berlaku ketika hujan lebat sekitar jam 6.30 petang semalam,” katanya.
Menurut jurucakap itu lagi, polis turut menemubual seorang rakan mangsa yang tinggal serumah, tetapi tidak sedar kejadian itu berlaku kerana sedang tidur di bilik berasingan.
Bagaimanapun, katanya, rakan itu memberitahu pada awal pagi kejadian, mangsa dilihat menangis seorang diri di bilik tidurnya, tetapi tidak mengetahui punca yang berlaku.
“Namun, anggota polis menjumpai nota kecil yang diconteng dengan perkataan yang disyaki untuk membunuh diri terletak di atas katil dalam bilik tidur mangsa.
“Keadaan bilik mangsa tidak berselerak dan dompetnya juga masih berada di atas katil serta tingkap bilik tidur telah terbuka dan konsisten dengan tempat mangsa jatuh,” katanya.
Siasatan juga katanya, mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai bertindak terjun keluar melalui tingkap bilik untuk membunuh diri.
Mayat Nyuk Moi kemudian di bawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment