Hari ini kecoh di laman sosial melibatkan seorang lelaki telah menampar seorang imam masjid negara semasa sedang Solat Jumaat.
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki warganegara India berikutan tindakannya menampar imam Masjid Negara tengahari tadi ketika solat Jumaat berlangsung.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, ketika kejadian lelaki berkenaan yang berada di saf kedua mara ke hadapan dan menolak mangsa sambil merampas pembesar suara sebelum menampar mangsa serta mengambil alih tempat imam untuk mengimamkan solat.
Suspek kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika imam terbabit sedang membaca surah Al-Fatihah pada rakaat pertama, apabila seorang lelaki menerpa ke hadapan dan menampar imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim.
Menurutnya orang ramai yang terganggu dengan kejadian itu kemudiannya menangkap lelaki berkenaan. Berikutan itu, solat Jumaat terpaksa diadakan semula sejurus selepas suspek ditahan.
No comments:
Post a Comment