Sunday, 25 October 2015

APESAL BOLEH LEPAS HUKUMAN GANTUNG NI









rashidi

Ingat lagi nama Rashidi Ismail. Pada awal tahun 2010, nama inilah yang pernah menggemparkan negara dek terlibat kes bunuh yang cukup tragis sehingga mengorbankan 4 ahli keluarganya di Gemencheh, Negeri Sembilan. Akhirnya, Rashidi Ismail dibebaskan daripada tuduhan membunuh………
Walaubagaimanapun, menurut Buletin Utama Rashidi Ismail akan ditahan di penjara Kajang sehingga mendapat perkenan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
rashidi2
Sebab apa beliau dibebaskan? Apa hujah yang membawa kepada pembebasan Rashidi Ismail bagi kes bunuh yang cukup tragis di Gemencheh, Negeri Sembilan ini?

 Rasidi Ismail
Tanggal 5 Januari 2010, empat sekeluarga ditemui mati dibunuh dengan kejam dalam dua rumah berasingan di sebuah kawasan ladang terpencil di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

 Dalam kejadian, mangsa, Atan Daud, 90 tahun, bekas imam Masjid Kampung Batang Rokan ditemui terbaring berlumuran darah berhampiran mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80 tahun.

 Mayat Atan ketika ditemui putus tangan kanannya dipercayai ditetak. Mayat isterinya, Sufiah pula putus tangan kiri. Turut ditemui berhampiran ialah mayat menantu mereka, 

Ismail Awang, 76 tahun, dalam keadaan tidak berkepala. Mayat seorang lagi mangsa iaitu anak Ismail, Siti Khadijah, 22 tahun, ditemui dengan pisau tercacak di bahagian dada di rumah bersebelahan. Kejadian itu disedari seorang lagi anak Ismail, 

Siti Mariam, 19 tahun, yang pulang dari sekolah pada pukul 2 petang. Di lokasi kejadian, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, 

unit anjing pengesan dan Unit Forensik berada di kawasan ini sejak petang tadi mencari petunjuk mengenai kejadian tersebut. Polis menemui senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu. Sementara itu, polis sedang mengesan seorang lelaki, Rashidi Ismail berusia 34 tahun yang dipercayai boleh membantu siasatan kes bunuh empat sekeluarga ini. 

Polis menolak sama sekali motif pembunuhan itu sebagai kes samun kerana barang kemas dan wang tunai didapati tidak hilang daripada mangsa yang dibunuh. Akhirnya pembunuh kejam yang merupakan ahli keluarga mangsa berjaya di tangkap di ibu negara di Stesen LRT Masjid Jamek KL. 

Semasa penangkapan itu, suspek bertindak ganas dan cuba menyerang anggota polis yang ingin menahan dia dengan menggunakan sebilah pisau yang dibawanya. Suspek dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masalah penagihan dadah mengikut data polis. Mengikut maklumat dari keluarga suspek, dia adalah seorang anak yang baik tetapi telah putus tunang sebanyak 2 kali dan kebelakangan ini, suspek sering ketawa, menangis dan bercakap sendiri. Sebelum itu, kepala seorang mangsa yang dipenggal gagal ditemui oleh pihak polis sehingga suspek memberikan hasil maklumat.

 Kepala bapa kandung yang dipenggalnya telah ditanam 200 meter dari pintu masuk utama ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21 Shah Alam.

Berikutan dengan kenyataan dari Rasidi Ismail yang masih mengekalkan pengakuan bersalahnya atas tuduhan tersebut kerana mendakwa dia mendapat arahan untuk bunuh keluarganya itu dari langit. Oleh yang demikian, mahkamah Tinggi mengarahkan supaya tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Tampoi, Johor selama sebulan.

 Pada 7 September 2010, Rasidi Ismail dibebaskan dari pertuduhan membunuh empat orang ahli keluarganya pada 5 Januari lalu oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan tersebut. Rasidi Ismail disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu mengalami halusinasi, ilusi,

 paranoid dan kepercayaan palsu oleh pakar dari Hospital Permai, Johor. Doktor pakar berkenaan turut merumuskan tertuduh tidak sedar ketika kejadian berlaku ekoran terpengaruh kepercayaan palsu selepas mendapat arahan tulisan di dinding dan bisikan suara halus. Dengan keputusan itu Rasidi Ismail terlepas dari hukuman gantung namun dia diperintahkan ditahan di Penjara Kajang, Selangor sehingga diperkenankan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.





  • Rashidi Ismail tidak siuman iaitu menghidap penyakit “skizofrenia” selama dua tahun dan tidak pernah mendapat sebarang rawatan sebelum kejadian pembunuhan ahli keluarganya pada 5 Januari 2010 yang lalu
  • Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nafsy Yasin, Ahmad Nafsy mengatakan tindakan Rashidi membunuh datuk, nenek, bapa dan adik perempuannya tidak konsisten dengan orang yang waras dan ini disokong oleh keterangan Pakar Perunding Forensik Psikiatri dari Hospital Permai, Dr Badi’ah Yahya.
rashidi3
Malah ibunya sendiri mengucupkan syukur di atas keputusan pembebsan daripada tuduhan membunuh seterusnya terlepas daripada hukuman gantung malahan ibunya merasakan ini adalah hadiah Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment