Saturday, 10 October 2015
KES KANAK-KANAK ASLI HILANG. Rakan-Rakan Lain Sudah Meninggal, 'Seseorang' Bagi Kami Makan - Noreen
Gua Musang, 10 Okt: Salah seorang kanak-kanak orang asli yang ditemui masih hidup selepas hilang selama 48 hari berkata hanya mereka berdua sahaja yang masih hidup manakala lima yang lain rakannya sudah meninggal dunia.
Menurut Siti Kasim, peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa, perkara itu diberitahu oleh Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya, Midah Angah, 38.
Namun, Siti Kasim memberitahu, maklumat tersebut disampaikan kepadanya oleh adik kepada Midah, Henry Angah di Hospital Gua Musang sebelum kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.
"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.
"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, " katanya.
Noreen juga turut mendakwa mereka diberi makan oleh 'seseorang' yang menyebabkan mereka masih hidup sampai ke hari ini.
“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya memetik laporan myMetro. - Siakapkeli.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment