Tuesday, 13 October 2015

Suspek Maki Hamun Penguatkuasa MBPP Ditahan Polis



Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Selepas tersebarnya video memaki hamun tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), dua remaja yang disyaki terlibat dalam kejadian itu akhirnya ditahan polis di sebuah restoran makanan segera.
Kedua-dua mereka ditahan di Bandar baru Farlim, Ayer Itam, pada petang tadi.
Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tigas penjawat awam. Sabit kesalahan mereka boleh dipenjara selama tiga bulan dan denda RM1,000.
“Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek ini dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,”katanya dipetik Sinar Harian.
Baru-baru ini video berkenaan dua lelaki bertindak kurang ajar selepas mendapati tayar mereka telah dikunci oleh seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan mencampak duit ke lantai dan memanggil seorang penguatkuasa wanita sebagai anjing tersebar luas di laman sosial.
Anggota penguatkuasa wanita itu dikatakan bertindak sedemikian setelah mendapati kenderaan tersebut diletakkan ditempat yang memang dilarang meletak kenderaan.
Melalui rakaman video, dua lelaki berkenaan dilihat marah dengan memaksa anggota penguatkuasa membuka kunci tayar berkenaan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Dia dilihat bersama rakannya cuba membuka kunci tayar berkenaan sendiri sambil menjerit dan mengarahkan anggota penguatkuasa itu segera membuka kunci yang dipasang itu.

No comments:

Post a Comment