Saturday, 31 October 2015

KEGIATAN TIDAK BERMORAL PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 4 DI KESAN



elaka – Jabatan Pendidikan Melaka akan melakukan siasatan terhadap kes seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang melakukan kegiatan tidak bermoral dengan beberapa pelajar lelaki di sekolahnya di Jasin.

Pengarahnya Abu Bakar Sahari berkata siasatan itu bagaimanapun hanya akan dilakukan selepas siasatan pihak polis selesai bagi mengelak sebarang gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa itu.

“Kami akan meminta pihak sekolah untuk membuat laporan penuh berhubung kes ini selepas siasatan polis selesai untuk tindakan lanjut yang perlu diambil di peringkat sekolah.

“Kami terkejut apabila mengetahui perkara ini. Kes ini adalah terpencil … pihak jabatan memandang serius hal ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan kegiatan tidak bermoral seorang pelajar tingkatan empat yang dikesan ibunya melakukan hubungan seks dengan beberapa pelajar lelaki di sekolahnya.

Turut dilaporkan keluarga pelajar berkenaan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin dan lapan pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 16 tahun ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata semua pelajar yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu akan dipanggil pihak sekolah dan diberi sesi kaunseling secara intensif bagi memberi kesedaran kepada mereka.

“Pihak sekolah dan jabatan juga akan terus memantau perkara ini agar tidak berulang atau berlaku pada pelajar lain atau di sekolah lain,” katanya, lapor Bernama.

No comments:

Post a Comment