Kota Bharu : Polis menahan tiga orang wanita yang dipercayai membelasah seorang remaja perempuan berusia 22 tahun di Wakaf Mek Zainab, Tanjung Chat di sini yang rakaman video kejadian itu menjadi viral di laman sosial sejak kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek utama yang merupakan seorang penjual kosmetik perniagaan dalam talian berusia 27 ditahan Isnin lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini
Sementara itu, dua lagi individu yang merakam insiden itu menerima nasib yang sama selepas masing-masing ditahan di Padang Tembak dan Wakaf Mek Zainab kira-kira pukul 3 hingga 4 pagi semalam untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, pihaknya masih lagi mengesan dua lagi wanita dikenali sebagai Mok Bi dan Nija yang dipercayai turut sama menendang bertubi-tubi kepala mangsa.
Katanya, kedua-dua wanita berkenaan didapati tiada di rumah semasa pihak polis ke rumah mereka.
“Kedua-dua wanita ini diminta menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada anggota badan.
“Pihak polis menerima laporan berhubung insiden ini yang berlaku pada 15 Oktober lalu. Namun, ia hanya heboh diperkatakan selepas menjadi viral dalam laman sosial baru-baru ini,” katanya di sini semalam. Kosmo !
No comments:
Post a Comment