Sebuah restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) yang terletak di Jalan Sulaman-Tuaran BYPass pada rabu dilaporkan dirompak oleh seorang lelaki dalam satu kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi.
Menurut sumber, seorang lelaki masuk ke dalam kedai dan ketika menghampiri kaunter juruwang, dia mengeluarkan parang dan mengugut juruwang untuk menyerahkan wang tunai sebelum melarikan diri dengan wang tunai RM250 bersama seorang lagi rakannya yang berada di luar kedai menaiki sebuah motorsikal.
Kejadian tersebut berlaku pantas yang mana ia turut disaksikan oleh beberapa pelanggan kedai termasuk kanak-kanak kecil. Walaubagaimanapun tiada pelanggan atau pekerja restoran tersebut yang dilaporkan cedera.
Ketua Polis Bandaraya ACP M. Chandra mengesahkan kejadian itu dan berkata bahawa pihaknya melancarkan operasi memburu suspek berkenaan setengah jam selepas rompakan itu.
Chandra menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat kes itu supaya segera menghubungi balai polis berhampiran atau Hotline polis di 088-242 111.
Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan bersenjata. -SMS NEWS PORTAL
Sumber Artikel Ini : http://suarasabah.com/2015/10/kfc-sulaman-dirompak/#ixzz3ogUlN0K4
No comments:
Post a Comment