FILEM sekuel Jurassic Park, Jurassic World arahan pengarah filem terkenal, Steven Speilberg mendapat kecaman daripada ahli paleontologi kerana merasakan fakta mengenai dinasour di dalam filem itu digambarkan secara tidak tepat.
Memetik laporan Sunday Time, rata-rata ahli paleontologi berpendapat bahawa plot penceritaan serta 'rupa paras' haiwan purba itu diubah sesuka hati, selain menyediakan versi baharu tentang bagaimana makhluk hidup dalam era purba dahulu.
“Filem Jurassic World sangat mengarut, malah gaya penceritaan dan gambarannya tidak benar dengan apa yang kita percaya sebagai betul.
“Terdapat juga usaha yang sengaja memperlihatkan rupa berbeza dengan apa yang kita ketahui tentang haiwan-haiwan ini melalui kajian berpuluh-puluh tahun selama ini,” menurut salah seorang Ahli paleontologi dari Universiti Southampton, Darren Naish.
Katanya gambaran didalam filem itu yang mendakwa haiwan gergasi itu berupa bentuk huduh, berkulit kasar, keras dan hitam, selain 'mengerikan' mungkin tidak benar.
"Kalau mengikut kajian kami perkara sebaliknya yang berlaku, binatang purba itu memiliki fizikal lebih gebu serta berwarna terang," katanya.
No comments:
Post a Comment