Wednesday, 10 June 2015

Saman pelakon kerana 'merenungnya' dari kaca TV

Saman pelakon kerana 'merenungnya' dari kaca TV


SHANGHAI - CHINA. Seorang lelaki menfailkan saman terhadap seorang pelakon terkenal, Zhao Wei selepas dikatakan 'merenungnya' melalui kaca televisyen.

Lelaki tersebut menfailkan saman ganti rugi di Mahkamah Rakyat Daerah Baru Shanghai Pudong yang mendakwa selebriti itu telah menyebabkan 'kerosakan rohani' dengan merenung tajam ke arahnya dalam slot drama yang dibintangi aktres tersebut.

Zhao membintangi drama popular bertajuk 'Tiger Mom' yang ditayangkan di Dragon Television and Tianjin Television sejak Mei lalu.

Dia memegang watak seorang wanita yang garang dan sentiasa menjeling tajam kepada anak dan suaminya.

Menurut laporan Legal Daily, mahkamah Shanghai menerima beberapa kes pelik sejak beberapa bulan lepas.

Sebelum ini seorang peguam bertindak memfailkan saman ke atas mahkamah kerana menyebabkan kesihatannya terjejas selepas mahkamah tidak memberi rehat semasa prosiding dijalankan

No comments:

Post a Comment